CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Cucu Solat Dalam Bilik, Atuk Di Luar," - Ozlynn Kongsi Sikap Saling Menghormati Walau Beza Budaya Dan Agama

4-2-2022 01:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7070| Komen: 47|Original author: tatod


Sudah dua hari berlalunya sambutan Tahun Baru Cina namun perkongsian pelakon, Ozlynn menerusi Instagram dengan mesej saling menghormati walau berbeza budaya dan agama itu berjaya menyentuh hati segelintir warga maya.

Apatah lagi pada zaman sekarang ini, sikap saling menghormati antara sesama insan tidak kira keluarga mahupun orang luar seolah-olah semakin menipis. 

Beberapa tahun tidak berkesempatan melawat keluarga Johan, pengalaman kali ini lebih manis apabila menyaksikan sendiri bahawa sikap toleransi itu masih wujud dalam diri segelintir masyarakat.



"Mahal. Sesuatu yang tak boleh dibeli. Saling menghormati agama masing-masing. Cucu solat dalam bilik, atuk sembahyang dekat luar," tulisnya.

Beberapa tahun tidak berkesempatan melawat keluarga Johan, pengalaman kali ini lebih manis apabila menyaksikan sendiri bahawa sikap toleransi itu masih wujud dalam diri segelintir masyarakat.


Menjengah di ruangan komen, netizen melihat situasi ini sebagai salah satu corak kehidupan yang perlu diamalkan seluruh rakyat Malaysia.

Tambahan pula, Malaysia sememangnya sebuah negara dengan penduduk berbilang kaum dan agama. 

ikap saling menghormati seperti yang dipaparkan dalam video berkenaan adalah salah satu cara mengekalkan perpaduan rakyat Malaysia.-CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 4-2-2022 03:27 PM
Tak suka ozlyn ni pasai dia portrayed family dia yislamic tapi dia sendiri dress mcm apa ja
Kira tulisan tak selari dgn perbuatan
Amalan kita dgn Allah ni tak payah nak show off kat medsoc
Quote unguaurora 4-2-2022 03:29 PM
orkid_amani replied at 4-2-2022 03:27 PM
Tak suka ozlyn ni pasai dia portrayed family dia yislamic tapi dia sendiri dress mcm apa ja
Kira tul ...

Setuju.. terlebih poyo
Quote che-cikL 4-2-2022 03:50 PM
Sebagai netizen iols nak kecam, kenapa tak bawak sejadah sekali. Dah budak berdua tu kena kongsi towel (ke, agaknyalah) letak melintang begitu. Dah tentu2 datang naik kereta, apa beratnya 2helai sejadah? Johan & Ozlyn pun mesti selalu kena solat juga, kalau tak sebab pergi beraya ni pun mmg kita kena bawa sejadah ke mana2 sekarang walaupun ke masjid.
Quote rosannazmia 4-2-2022 03:55 PM
orkid_amani replied at 4-2-2022 03:27 PM
Tak suka ozlyn ni pasai dia portrayed family dia yislamic tapi dia sendiri dress mcm apa ja
Kira tul ...

Setuju jugak..baik senyap jela.. Tp iols suka kalau dia upload pasal anak di yg sulung tu.
Quote asamfish 4-2-2022 04:03 PM
che-cikL replied at 4-2-2022 03:50 PM
Sebagai netizen iols nak kecam, kenapa tak bawak sejadah sekali. Dah budak berdua tu kena kongsi tow ...

iols pun jarang bawak sejadah.  kadang2 guna sapu tangan jah.

Quote kakigojes 4-2-2022 04:07 PM
Scarynye tengok gamba dia ambik, dengan takde mask, dengan takde distancing. I faham keluarga kan.. but bukan kita tau sejarah perjalanan orang lain..
Quote she 4-2-2022 04:11 PM
Elehhhh

Kami lagi keluarga 1 Malaysia

Omak macik Chinese
Bapak Melayu
Macik kawen dengan Chindian
Anak macik mata sepet tapi ada eyeliner dan kulit golap
Semua raya kami sambut
Cuma kami bukan retis

Kot yer nak menayang pun
Carilah content meriah sikit
Quote orkid_amani 4-2-2022 05:43 PM
unguaurora replied at 4-2-2022 03:29 PM
Setuju.. terlebih poyo

Retis lain xdak la poyo mcm dia..for me kalau dia tu dressing menutup aurat..xseksi xmengilai..ok ja nak upload xtvt family dia
Ni xsesuai la mak perangai mcm apa lagi nak ank2 ahli syurga
Quote Tembikaigoreng 4-2-2022 08:41 PM
Alim nyaaaaaaaaaaa
Solehahnyaaaaaaaaa
Syurganyaaaaaaaaaa
Terpalingnyaaaaaaaa
Quote Samerosie 4-2-2022 08:48 PM
Mak si johan bukan ke mualaf?  So atuk ni kira uncle johan ke ?
Quote nakkomenjugak 4-2-2022 09:06 PM
yeleeeeeee terpalinggggggg
johan relax jahhhhhh
minik lakkkk lebih2
Quote stingerke 4-2-2022 09:57 PM
orkid_amani replied at 4-2-2022 03:27 PM
Tak suka ozlyn ni pasai dia portrayed family dia yislamic tapi dia sendiri dress mcm apa ja
Kira tul ...

Halah halah
So kau pun mengata ozlyn elok benar ke.
Takde manusia sempurna sisturrrr
Quote stingerke 4-2-2022 09:59 PM
asamfish replied at 4-2-2022 04:03 PM
iols pun jarang bawak sejadah.  kadang2 guna sapu tangan jah.

Kann ramai je aku tengok alas dengan tudung je
Itu pun jadi masalah
Quote brunesss 5-2-2022 09:03 AM
orkid_amani replied at 4-2-2022 03:27 PM
Tak suka ozlyn ni pasai dia portrayed family dia yislamic tapi dia sendiri dress mcm apa ja
Kira tul ...

hahahaha aku susah nak iyakan pasal agama ni kan sensitive issue dan sepatutnya hal peribadi antara kau dan tuhan tapi ni on point betul.. semua nak tunjuk medsos yang terpaling tapi hakikatnya pointless. you know what what lah
Quote orkid_amani 5-2-2022 10:33 AM
brunesss replied at 5-2-2022 09:03 AM
hahahaha aku susah nak iyakan pasal agama ni kan sensitive issue dan sepatutnya hal peribadi antar ...

Haah..tak payah. Tak payah show off semua la..banyak benda lain lagi yg boleh dibuat content
Quote jijilaaa 5-2-2022 10:46 AM
orkid_amani replied at 4-2-2022 03:27 PM
Tak suka ozlyn ni pasai dia portrayed family dia yislamic tapi dia sendiri dress mcm apa ja
Kira tul ...

betul tu..jgn normalize kan benda yang salah. cara dia tu buat ramai org akan terikut..its okay pakai gini as long as solat jaga...cuba nak nampak urban tp islamic..bahaya sngat
Quote orkid_amani 5-2-2022 12:46 PM
jijilaaa replied at 5-2-2022 10:46 AM
betul tu..jgn normalize kan benda yang salah. cara dia tu buat ramai org akan terikut..its okay pa ...

Betul. Mostly kelig sya yg Chinese cakap diorang tgk ramai ja yg xpakai tudung..x dressing properly covered tapi masih solat..puasa
Adoii jenuh nak explain kat diorang
Lagi2 sejak sajat safe alif mendunia ni diorang cakap parents tak marah ka
Kawan aii Chinese ada yg gay cakap tgu mak mati baru boleh kawin then migrate p overseas..skg mak hidup xmau bagi mak susah hati..jaga mak dulu. Diorang pun hidup xlama.
Quote AnnaSendin 5-2-2022 01:35 PM
Iols okay jer dengan Oz nieyh sebab walaupon sheols bogel kepala, huha sana sini, sheols jaga solat sheols dan anak2 berbanding penampilan ibarat setazah di bawah lindungan kaabah namun solat terjunam di lautan hindi. Iols dakwa atas pemerhatian yer. Like didie gaga meleis lah, walaupon sheols huha sana sini, namun sheols spesis jaga solat dan anak2 terbela dengan baik walaupon tanpa laki.
Quote mrsamz 5-2-2022 01:47 PM
Memang ada lah jenis perempuan mcm ni..free hair..watak mcm giler2 happening ..tapi solat tak pernah tinggal..dgn org tua tunduk hormat elok sgt perangai..kalah perempuan bertudung kdg2 tu

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.454091 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top