CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Single Pertama Dipuji Peminat- Bintang TikTok Nak Dikenali Sebagai Araf Aziz, Bukan Lisa Blackpink!

4-2-2022 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4498| Komen: 22

Muncul dengan single sulung berjudul Cinta Hati, personaliti media sosial Araf Aziz sebak hingga menitiskan air mata apabila membaca komen positif penonton di laman YouTube.


Kata Araf atau nama sebenar Mohamad Asyraf Abd Aziz, 28, dia tidak menyangka percubaan pertamanya bergelar penyanyi menerima sambutan baik netizen.



Foto: mStar

"Sebelum ini di TikTok, Instagram, YouTube memang saya selalu dikecam tapi tak sangka video muzik lagu baharu ini menerima komen positif daripada penonton.

"Apabila baca komen mereka itu saya menangis, saya terharu kerana mereka boleh terima saya dalam industri ini... saya tak malu mengakui menangis semasa siaran langsung di aplikasi TikTok.


"Alhamdulillah rasa puas sangat sebab hasil kerja keras kami akhirnya membuahkan hasil dan syukur Cinta Hati diterima pendengar di luar sana... ini juga adalah peluang untuk saya ketengahkan diri sebagai Araf Aziz dan bukan Lisa Blackpink," katanya kepada mStar.



Lagu ciptaan sepenuhnya Aiman Sidek itu menerima lebih 400,000 tontonan selepas dimuat naik pada 1 Januari lalu dan menjadi trending di laman YouTube.

Cinta Hati mengisahkan tentang luahan hati dan perasaan sayang seseorang yang tidak mampu diluahkan, namun perasaan itu ditunjukkan melalui perbuatan.


Foto: mStar


Dalam pada itu, anak kelahiran Kuala Terengganu ini menafikan dakwaan kononnya syarikat rakaman menjadikan kekurangan pada dirinya sebagai bahan untuk meraih simpati pendengar.



"Saya tak fikir ada pihak yang nak ambil kesempatan kepada saya dengan buat lagu sebab untuk lagu pertama ini saya sendiri yang tawarkan diri dan pihak 4U Entertainment bersetuju untuk hasilkan satu lagu.

"Walaupun saya ada masalah pendengaran tapi saya tak jadikan itu sebagai penghalang. Mungkin ada yang fikir saya tak boleh menyanyi tapi tak salah kita mencuba apa sahaja peluang yang ada.

"Cuma saya nak beritahu, di luar TikTok saya mahu dikenali sebagai Araf Aziz dan Lisa itu hanya karakter dalam aplikasi berkenaan," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SiMontel 4-2-2022 12:41 PM
walaupun aku menyampah giler character lisa blackpink..tapi melodi lagu dia menarik..
Quote slyfynx 4-2-2022 12:45 PM
Dalam pada itu, anak kelahiran Kuala Terengganu ini menafikan dakwaan kononnya syarikat rakaman menjadikan kekurangan pada dirinya sebagai bahan untuk meraih simpati pendengar.


That was my 1st thought too.
Tp x pe la. At least dapat juga tempa nama
Quote JalaEmas 4-2-2022 12:48 PM
tak fhm knpe lisa black pink? ape kaitannye.? . maafla aku taktau perkmbgn budk ni.. den takdo tiktok..
Quote sambaldurian 4-2-2022 01:23 PM
Dia la yg pki wig rambut pjg, pastu tunjuk mcm ada boyfriend. Aku pun xde tiktok tp terperasan. Eh dorg ni gay ke ape ke. Xtau hujung pangkal.
Quote nakkomenjugak 4-2-2022 01:28 PM
Dah kenapa lisa tetiba kena drag dengan whoisyuhhhhhhh ni?
Quote dudaberhias 4-2-2022 01:33 PM
lagu dia sedap... tapi dia ni oku kan?

ala2 tokti versi kena virus zika gittew iols tengok....
Quote nazzse 4-2-2022 02:08 PM
lah budak ni dah jadi retis plak. selalu dok live tiktok dgn cousin iols, dari situ kenal si lisa whoareyus nih
Quote Mulotkoyak 5-2-2022 03:39 AM
Maaf xknl lgsg
Quote 7doors 5-2-2022 09:51 PM
dudaberhias replied at 4-2-2022 01:33 PM
lagu dia sedap... tapi dia ni oku kan?

ala2 tokti versi kena virus zika gittew iols tengok....

Kesian virus zika diheret sama... virus zika boleh diformed muka ka?
Quote eely_shana 6-2-2022 10:50 AM
Makin ramai retis baru
Quote Suchi 6-2-2022 02:24 PM
Dia sakit apa ye? Tak kenal dia dan taktau watak dia kat tiktok ke apa.
Btw iols perasan ummah tiktok pandai juga berlakon boleh la juga kalau nak asah depa ni jd  pelakon mcm sis india yg selalu wat video miming suara tu.
Dia pandai buat mimik muka boleh la masa kedepan ganti si kenchana tuk pelakon komedi india.
Kenchana pun lama tak masuk tv sibuk bisnes kot.
Quote Harley_Quinn 7-2-2022 08:42 AM
Dik, x semua org kenal kau sbg Lisa Blackpink pn. Tber jeee.
Quote nanasno 7-2-2022 09:47 AM
dia ni bukan yang katanya gay nak kawen tu ka ngan boyfren dia. tiber jadi retis pulek.
Quote nanasno 7-2-2022 09:47 AM
7doors replied at 5-2-2022 09:51 PM
Kesian virus zika diheret sama... virus zika boleh diformed muka ka?

virus zika tu bukan ke yang kalau ibu mengandung kena, anak kandungan tu jadi tak ada tempurung kepala .
Quote tobobon 7-2-2022 09:50 AM
wah..mcm x percaya pulak ummah cari komen ala2 murni...sedap sangat ker suaranya sampai murni betul komen chuolsss??
Quote TeropongThaico 7-2-2022 12:05 PM
nanasno replied at 7-2-2022 09:47 AM
dia ni bukan yang katanya gay nak kawen tu ka ngan boyfren dia. tiber jadi retis pulek.

Mak oiii terang2 gay ke dia ni sis. Seramnya meleis skrg
Quote TeropongThaico 7-2-2022 12:06 PM
Kesian lisa blackpink tu..
Quote laksmanabentan 7-2-2022 01:26 PM
tak pasal2 nama lisa blackpink tercemar...
sama tang mana tu????
Quote laksmanabentan 7-2-2022 03:04 PM
sambaldurian replied at 4-2-2022 01:23 PM
Dia la yg pki wig rambut pjg, pastu tunjuk mcm ada boyfriend. Aku pun xde tiktok tp terperasan. Eh d ...

hensem ker uollsss bf dia?
hahahaha.....

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.233059 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top