Pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah,53, terbuka menjawab pertanyaan netizen yang ingin tahu jumlah anak yang dimilikinya sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Fazema Mohd Fuad.
Menerusi aplikasi TikTok, aktor yang terkenal dengan watak Dragon menerusi filem KL Gangster itu berkata, dia mempunyai lima orang anak bagaimanapun hanya seorang sahaja yang ada bersama dengan mereka.
"Saya ada lima orang anak. Empat di syurga, seorang bersama saya dan bidadari saya iaitu Adam Fateh Lee. Alhamdulillah," katanya.
Sepanjang tempoh perkahwinan, isterinya mengalami empat kali keguguran sebelum dikurniakan anak lelaki yang kini sudah berusia empat tahun.
"Sebelum Allah kurnia Fateh selepas 10 tahun perkahwinan, kami kehilangan empat zuriat. Cepat atau lambat sahaja. Doa, usaha dan tawakal," katanya.
Terdahulu, Adam mendirikan rumah tangga pada 2008 ketika usianya 40 tahun. Isterinya mengalami tiga kali keguguran manakala anak keempat yang juga kembar Fateh tidak dapat diselamatkan ketika kandungan Fazema berusia dua bulan akibat pendarahan.
Ramai yang mendoakan kesejahteraan rumah tangga pelakon itu bagaimana pun ada juga yang tanpa rasa bersalah menulis komen kurang manis. -CARI