CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wan Sharmila Masih Merajuk Untuk Pergi Melancong

4-2-2022 09:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2585| Komen: 17

Dua tahun berehat dari aktiviti lakonan akibat pandemik Covid-19, kini Wan Sharmila, 40, kembali sibuk di lokasi penggambaran.

Wan Sharmila berkata, memasuki 2022 jadualnya sibuk dengan penggambaran.


Foto: IG

"Kalau nak kata padat sampai hujung tahun tak pasti lagi, tapi setakat ini memang sangat sibuk. Pasti Allah balas balik apa yang terjadi sebelum ini di mana saya tak dapat bekerja.

"Kesibukan ini kerana saya sedang terbabit dengan tiga projek iaitu musim ketiga 7 Hari Mencintaiku dan dua lagi drama secara serentak," katanya.




Mereka yang mengenali Wan Sharmila secara dekat tentunya tahu dia seorang yang suka berjalan dan melancong termasuk ke luar negara.

Bagaimanapun situasi seakan berubah apabila dia seakan merajuk untuk melancong.


"Dulu saya memang suka merayap ke mana-mana. Tapi sekarang orang dah berjalan-jalan, namun agaknya saya masih merajuk untuk berjalan.

"Kalau pergi pun kerana terbabit penggambaran. Kecuali baru-baru ini saya bercuti ke Lenggong dan itu pun atas ajakan kawan. Sekali itu sahaja. Sekarang memang tiada rancangan nak keluar negara bercuti kerana pandemik susahkan manusia," katanya.


Menurutnya, untuk pergi melancong perlu melayan banyak kerenah di lapangan terbang semata-mata untuk prosedur operasi standard (SOP).

"Sebaik sampai negara orang, kena kuarantin pula. Dengar macam senang tapi ia sangat remeh temeh. Saya masih belum bersedia untuk tempuh semua itu dan biarlah dahulu," katanya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kepot 4-2-2022 09:20 AM
kena kuaratin tempat sendiri okey lagi.
tapi klau tak lepas nak Malaysia then kena kuaratin Negara luar susah la.
Quote mizruncing 4-2-2022 09:23 AM
minat tgk dia ni skrg. tenang je takde kontroversi
Quote tasha 4-2-2022 09:32 AM
Eh 40thn dh dia...tak adalah cantik sgt the sheols awet muda...
Quote dejure 4-2-2022 10:21 AM
Skg ni yg senang kalau travel pergi turki aje..x payah kuarantin bila smp sana tp nk balik sini kenalah kuarantin.sbb tu byk org pergi turki skg ni.
Quote dejure 4-2-2022 10:21 AM
Skg ni yg senang kalau travel pergi turki aje..x payah kuarantin bila smp sana tp nk balik sini kenalah kuarantin.sbb tu byk org pergi turki skg ni.
Quote eely_shana 6-2-2022 11:05 AM
Suka wan sharmila ni. Nmpak muda
Quote anggeriklatifah 6-2-2022 06:03 PM
Iols suka wan sharmila..bg iols dia cantik gak..dah lama dah dia ni dlm industri..tapi tak pernah langsung jadi heroin..pelik la...nak kata muka tak lawa...bg iols dia lawa gak..pelik
Sedng migha pilzah dan sharifah rose muka biase2 pun pernah dpt jadi heroin..maybe dia sejenis permpuan baik2 tak jual maruah kot
Quote slyfynx 6-2-2022 07:48 PM
Kalau nak kata padat sampai hujung tahun tak pasti lagi, tapi setakat ini memang sangat sibuk. Pasti Allah balas balik apa yang terjadi sebelum ini di mana saya tak dapat bekerja.


Aku paham je ape yang die cube sampaikan, tp mcm ade something wrong dekat ayat ni.
Quote bedahmenjuyah 6-2-2022 08:00 PM
anggeriklatifah replied at 6-2-2022 06:03 PM
Iols suka wan sharmila..bg iols dia cantik gak..dah lama dah dia ni dlm industri..tapi tak pernah la ...

Pada iols dia cantik. Berbakat plak tu. Tak sangka dah 40. Manjang jd supporting je. Mcm earlier batch zaryn min atau yg lagi awal raja azura. Mmg takde jd heroin tp bukan set kayu kayan.
Quote nordin84 6-2-2022 08:41 PM
disebabkan iols layan ariana rose lps baca benang tekya dan mila ni ade berlakon.. agak kelakar ea, dia jadi adik2 dlm cite tu.. lgi muda dr tekya
ye, mila ni nmpk awet muda dats y dia dpt byk watak sampingan yg sesuai
Quote she 6-2-2022 09:38 PM
Laaa dah 40 ke

Alahai comel je dia nih
Tak makan usia
Quote inspektoremos21 6-2-2022 10:01 PM
Sheols punya starting career ni mcm mana? Ada masuk dewi remaja ke, start berlakon iklan ke.. yg iols tau iols kenal wan sharmila masa tgk cerita sutun 2. And dulu sheols banyak berlakon under radius one
Quote Minami2013 6-2-2022 10:27 PM
Tak gaya 40. Selalu berlakon watak stereotype je jadi kawan baik heroin. Tp ok lah lakonan dia. Pernah baca sbb dia tak de family dah, tu yg beraya selalu pergi luar negara. Moga bertemu jodoh cepat dan dpt suami yg baik.
Quote HelgaPataki 7-2-2022 09:16 AM
inspektoremos21 replied at 6-2-2022 10:01 PM
Sheols punya starting career ni mcm mana? Ada masuk dewi remaja ke, start berlakon iklan ke.. yg iol ...

Kalau tak silap meols, Lala ni ex wife kepada Fazli Baharom, co producer Radius One dgn Budak Ijat tu. Deswai sheols terus masuk berlakon dgn drama-drama Radius One.
Quote TabletSusu 7-2-2022 12:00 PM
lawa lah baju kat gambar kedua dia tu.. mana nak cari ek?
Quote Emilyyyyy 8-2-2022 10:35 AM
nordin84 replied at 6-2-2022 08:41 PM
disebabkan iols layan ariana rose lps baca benang tekya dan mila ni ade berlakon.. agak kelakar ea,  ...

Dia ni kecik molek je. Pernah terjuma kat mid valley tapi lame dah time tu dia free hair baru masuk industri ni dan belum kawen pun.
Quote Emilyyyyy 8-2-2022 10:38 AM
HelgaPataki replied at 7-2-2022 09:16 AM
Kalau tak silap meols, Lala ni ex wife kepada Fazli Baharom, co producer Radius One dgn Budak Ijat ...

Kahwin beberapa tahun pastu cerai takde anak okay la takde byk masalah fikir diri masing2 je. Untuk yang tak tau ex-husband dia pun pernah kahwin dgn pembaca berita Marsila Hassan dan bercerai juga rasenya dlm setahun ke dua tahun lepas.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.094260 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top