Rumah atau bilik sewa adalah pilihan popular bagi individu masih belum berkemampuan membeli rumah sendiri atau pun mereka yang mencari kediaman sementara. Penyewa selalunya menitikberatkan kadar sewa, lokasi kediaman serta kemudahan pengangkutan awam.
Di Facebook, seorang individu yang mengiklankan rumah jenis flat tanpa sebarang kelengkapan perabot atau perkakas elektronik dengan kadar sewa RM1,400 dan deposit RM5,100 menjadi pertikaian dalam kalangan warga maya.
Rata-rata, ramai yang mengatakan sewa yang ditetapkan oleh individu berkenaan terlalu tinggi untuk sebuah rumah flat jenis PPR di Perumahan Pantai Permai.
Sumber Facebook
Sumber Facebook
Tidak dinafikan, masih ada beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menawarkan kadar sewa sama namun menawarkan kediaman yang lebih selesa seperti kondominium mahupun rumah teres lengkap dengan beberapa barang perabot atau elektronik.
Kalau dilihat daripada gambar yang dimuat naik, rumah sewa berkenaan dalam keadaan bersih dan terjaga. Bagaimanapun, ia mungkin bukanlah alasan kukuh untuk menyewakan kediaman tiga bilik itu dengan nilai sewa setinggi itu.
Berapa nilai rumah yang anda bayar? Boleh kongsikan. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
fuhhhh
sudah la environment kat ctu tak sebersih rumah yang diiklankan
parkung berebut berlapis2
pagi2 kena tolak kereta yang blok kereta kau
kalau bersusun kete blok
siap sedia nk bertolak berusun kereta
tu belum owner kereta, bila call hegeh2 nk turun
ada tu siap x berangkat
bila honking kita plak kena marah sbb bising
Ewww dah la flat pprt
Tak layak ok ko sewakan kt orang sbb ramai lg orang semekin yg tak dapat beli rumah!
RM1400 tu aku bayar bulan2 kat bank rumah sndiri lgi baloiii
PPR Pantai Dalam ni memang la mahal. Dah la rumah ppr je pun kemain sewa mencekik. Baik sewa tpt lain jelah...situ pun padat bebenor org ramai. Unless jenis mmg naik public transport okey la sbb lrt kat bawah tu tapi kena jalan lebih sikit la. Parking kereta jgn ckp la sampai berlapis lapis.
kalau rajin survey, chuols mesti nampak dan tahu sebenarnya zmn2 covid ni, rumah landed lagi murah sewa dari rumah pencakar langit. tak caya cuba survey kat mudah
teres setingkat
depan rumah ada taman n surau
jalan depan sikit jumpa petronas+kfc
simpang masuk dr hiway ada shell
kat area belakang ada kfc, dominos, mr diy, bakers cottage, 99 n dobi n giant branch n memcm kedai lot