Harta intelek adalah satu isu yang amat serius lebih-lebih lagi sekiranya ia dimiliki oleh syarikat yang nilainya mencecah trilion ringgit seperti Apple. Baru-baru ini, Apple memfailkan saman untuk menghalang pembikin filem dari Ukraine yang ingin menerbitkan filem Apple-Man. Menurut Amanz, filem parodi ini berkisar mengenai seorang adiwira yang mempunyai kuasa menentang musuh dengan buah epal. Walaupun filem itu langsung tidak ada kaitan dengan syarikat Apple, Apple Inc menentang penggunaan nama Apple dalam tajuk filem itu.
Pengarah filem Apple-Man Vasyl Moskalenko berkata tentangan Apple ini adalah tidak berasas sama sekali kerana penggunaan nama Apple-Man telah diluluskan oleh pejabat paten dan tanda dagang Amerika Syarikat (USPTO). Filem dari Ukraine itu berjaya mengumpul dana sebanyak €101,717 (RM520,8447) untuk memulakan penggambaran menerusi laman biayasama "KickStarter". Berdasarkan trailer ini jelas sebuah filem komedi murahan dan dengan tindakan menyaman pembikinannya Apple secara tidak langsung memberikan ia publisiti percuma. -CARI |
lurkingaround replied at 4-2-2022 12:15 AM
.
Ini kerja sia2 loyar/peguam2 untuk memperolehi lebih keuntungan atau bayaran upah dari Apple Inc. ...
Dwdrum replied at 5-2-2022 05:59 PM
Apa kait tan liberal dengan harta intelek?.... Intellect property guna pakai untuk semua if ada ya ...
lurkingaround replied at 5-2-2022 03:04 AM
.
https://www.jdjournal.com/2015/0 ... orneys-are-liberal/ - 2015/09/02 - study-shows-most-attorney ...
ADVERTISEMENT