CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tergamak Lepaskan Nafsu Ke Atas Kanak-Kanak Terencat Akal Dengan Alasan Isteri Tak Mampu Layan!

3-2-2022 05:00 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1378| Komen: 3|Original author: Cinta Erina

Sumber: Google Image

Baru-baru ini, Unit Siasatan Jenayah Polis Tuban melaporkan telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 53 tahun di Jatirogo, Kabupaten Tuban, Jawa Timur, Indonesia kerana didakwa melakukan jenayah rogol terhadap seorang kanak-kanak terencat akal.

Ketika suspek melakukan perbuatan keji itu, kedua-dua ibu bapa kanak-kanak tersebut yang juga merupakan rakan kepada suspek baru sahaja meninggalkan rumah.

Setelah menyedari bahawa kanak-kanak itu tinggal sendirian, suspek dilaporkan telah bertindak merogol mangsa yang tidak terdaya untuk melawannya.


Memetik Kumparan, kanak-kanak yang merasa dipaksa cuba untuk menolak suspek pada mulanya, tetapi kerana dia merasakan dirinya diancam oleh suspek, kanak-kanak malang itu akhirnya terpaksa memenuhi permintaan suspek.

Sumber: Portal Kumparan

Menurut pengakuan dari suspek, dia nekad bertindak sebegitu kerana isterinya sudah tua dan tidak mampu untuk melayani nafsunya lagi.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Polis Tuban AKBP Darman semasa sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Tuban pada 2 Februari lalu.

Menurut Ketua Polis berkenaan, kejadian rogol itu berlaku pada 25 Januari pada sekitar jam 9.30 pagi. Pada ketika itu, suspek telah datang ke rumah mangsa untuk menawarkan barang, namun kedua ibu bapa mangsa tiada di rumah pada waktu itu.

Sumber: Portal Kumparan

Menyedari ketiadaan orang tua kanak-kanak, suspek kemudiannya telah memaksa kanak-kanak itu masuk ke dalam bilik dan meminta mangsa melakukan hubungan seks bersamanya.

AKBP Darman menjelaskan bahawa suspek merupakan seorang tukang kayu yang sudah mengenali bapa mangsa. Sewaktu kejadiaan, suspek telah bertindak dengan menutup mulut mangsa dengan tangannya agar mangsa tidak dapat menjerit meminta tolong.

Suspek juga sempat menyatakan kepada pihak penyiasat bahawa dia hanya melakukan perbuatan kejinya itu sekali sahaja. Ketika ini, suspek telah ditahan di bilik tahanan polis Tuban bagi membantu proses menyiasat.

Akibat daripada perbuatan keji tersebut, suspek bakal berhadapan dengan hukuman penjara selama 12 tahun. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 3-2-2022 05:04 PM
Malang dia tak jumpa friska dulu.
Quote DayangKirana 3-2-2022 05:06 PM
walau diri dah bau tanah napsu tetap membara..
Quote musangbodoh 3-2-2022 05:15 PM
suspek yg mengadap dinding tu ka

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.047091 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top