Seorang lelaki jutawan dari Medan, Indonesia menjadi bahan bualan di internet kerana mengeluarkan komen yang dia ingin membayar hutang negara Indonesia, lapor laman berita Suara.com. Petikan dari Kosmo, Indra Kenz, menerusi sebuah program bual bicara ditanya mengenai barangan yang ingin dibeli menggunakan wang miliknya, yang sehingga kini masih belum dapat dimiliki. Dia kemudian menjawab tiada apa-apa yang ingin dibeli kerana semua keinginannya telah dipenuhi, menurutnya, "Tiada apa-apa kerana semuanya telah saya beli. Cuma hutang negara sahaja yang saya belum bayar."
Indra yang digelar sebagai "Crazy Rich Medan" itu kemudiannya disoal sekali lagi bagi mengesahkan jawapannya, secara bersahaja, Indra berkata keinginan untuk membayar hutang negara akan dilakukannya nanti. "Nantilah, secara berperingkat," ujarnya. Indra sebelum ini pernah dikritik hebat kerana mengeluarkan komen yang menyatakan bahawa kemisikinan merupakan satu keistimewaaan, menurutnya, lahir sebagai orang itu adalah satu keistimewaan kerana individu itu dapat merasai perjuangan menuju kejayaan dan berbeza dengan yang dilahirkan dalam keluarga kaya, di mana mereka mempunyai tekanan mental yang besar. Tambahan, kalau sudah lahir kaya, mereka tidak boleh menjadi miskin, sebaliknya perlu menjadi lebih kaya dan itu adalah cabarannya kata Indra. -CARI |
ADVERTISEMENT