CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Culik Diri Sendiri, Minta Wang Tembusan Untuk Beli Hadiah Krismas

3-2-2022 03:49 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1029| Komen: 1|Original author: Agent13k

Seorang wanita dari Blackpool, England telah dijatuhkan hukuman penjara selama 34 minggu kerana merancang penculikannya sendiri dan memeras ugut.

menurut Kosmo, tertuduh tersebut turut bertindak menghantar gambarnya yang diikat pada kerusi sebagai "bukti" untuk mendapatkan wang tebusan kerana tertuduh mahu membeli hadiah Krismas.

kredit foto: Lawtopus

Leah Jumeaux, 20, menghantar gambar dirinya yang diikat pada kerusi dan duduk bersebelahan dengan sepucuk pistol dalam kejadian pada Oktober 2020. Leah berpura-pura menjadi penuclik dirinya sendiri, menghantar pesanan kepada bekas teman lelakinya dan meminta wang tembusan sebanyak £2,000 (RM11,320).

kredit foto: BlackpoolGazette


Jumeaux hadir di Mahkamah Majistret Blackpool pada September tahun lalu atas dakwaan memeras ugut dan penipuan dengan perwakilan palsu, tertuduh kemudian diikat jamin sebelum dibicarakan di Mahkamah Diraja Preton dengan membuat pengakuan bersalah untuk mengurangkan hukuman bagi kesalahan penipuan pada Jumaat lepas.

kredit foto: Daily Mail

Justeru itu, Jumeaux dijatuhkan hukuman penjara selama 34 minggu di sebuah institusi pesalah juvana dan diarahkan membayar pampasan terhadap mangsa sebanyak £156 (RM883). -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Megikari 3-2-2022 10:12 PM
Apoooo wang tembusan tt oi [em:3:]

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.219556 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top