CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Barista Kedai Ditegur Agar Menggunakan Berbahasa Melayu

3-2-2022 03:18 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2097| Komen: 12|Original author: Agent13k

Bahasa jiwa bangsa, itulah betapa pentingnya Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia gunakanlah ia sebaiknya dalam kehidupan seharian kita. 

Menurut Odisi, perkongsian dari Zee How Tai tentang perbualannya bersama seorang barista di kedai kopi mengenai kepentingan menggunakan Bahasa Melayu ketika berususan dengan orang ramai.

Loading FB Post...


Menurutnya, beberapa hari lalu dia memesan secawan kopi di sebuah kafe di Kuala Lumpur.

Zee How Tai memesan Kopi Americano tetapi pelayan itu memberitahu Zee How Tai yang dia bukan Melayu tetapi sebenarnya Cina.

kredit foto: Eat Drink KL

Zee How Tai berkata yang dia sudah tahu dan tiada isunya tentang kekeliruan perkauman, pelayan itu persoalkan kenapa ramai bercakap Bahasa Melayu dengannya dan pelayan itu berfikir yang wajahnya sendiri ada iras-iras Melayu. 


Zee How Tai beritahu yang dia bercakap Bahasa Melayu kerana ini adalah negara Malaysia dan sudah tentu kena bercakap Bahasa Melayu.

Kredit foto: Cimbali

Pelayan itu bertanya kepada Zee How Tai adakah dia seorang baba Nyonya, Zee How Tai menjawab yang tidak kira dia Baba Nyonya, Cina, Melayu, ataupun India, ini adalah negara Malaysia. Sepatutnya bercakap bermula dengan Bahasa Melayu, kalau warga asing tidak memahami Melayu, barulah boleh bercakap Bahasa Inggeris.

Beberapa minit kemudian selepas Zee How Tai mendapat kopinya dan pelayan tersebut meminta rakan sekerjanya bercakap Bahasa Melayu dengannya agar dia dapat memperbaikinya.

Ingat, budi bahasa budaya kita. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 3-2-2022 04:57 PM
Nape rase hasanah je cite nie al hahaha
Quote orangbiasaje 3-2-2022 07:32 PM
"Tiga minit kemudian, saya terdengar Pelayan tersebut cakap dengan rakan sekerjanya ..."

Mereka yang selalu kongsi2 cerita begini, macam mana boleh terdengar-terdengar ni, pasang telinga org berbual jauh penuh clear ya? Saya  orang duduk depan pun kalau tak fokus kadang tak dengar, apatah lagi meja sebelah atau di kaunter. [em:1:]
Quote imransulaiman 3-2-2022 08:14 PM
Hah Sah Nah (versi cina)
Quote doubleharmonic 3-2-2022 09:16 PM
whoareyouss? takat citer beli americano secawan jah pon dah fefeling hot news nak viral bagai? iols yang selalu mengopi kat gigi coffee nu sentral lepas balik keja sebab situ jah yang murah sikit takdo pon gegeh nak kena viral?
Quote mizruncing 4-2-2022 09:14 AM
selalu starbucks yg byk speaking ni
Quote mizruncing 4-2-2022 09:14 AM
doubleharmonic replied at 3-2-2022 09:16 PM
whoareyouss? takat citer beli americano secawan jah pon dah fefeling hot news nak viral bagai? iols  ...

hahahah kann. americano je pon
Quote elzy 4-2-2022 09:24 AM
Aduhai camni pun boleh jadi masalah?
Cakap bahasa apa pun janji masing-masing faham..
Quote gekkou 4-2-2022 07:32 PM
kalau benar, respect sbb dia bangga nk bercakap guna bahasa melayu
kalau hasanah, sila cuba lagi
Quote vanillaninja 8-2-2022 10:27 AM
Siapa Zee How Tai ni? Ada blue tick sebelah nama heols? I tak main FB
Quote Carcosa 10-2-2022 09:22 AM
Hasanah nye laaaaaaa
Quote Suchi 10-2-2022 04:43 PM
kena cakap melayu ngn org melayu je?

Quote ninnamina 10-2-2022 11:40 PM
Harga americano dekat cafe memang rm4.90 ke eh

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.076243 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top