CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Bina Badan Bunuh Kekasih, Rendam Dalam Asid

3-2-2022 01:49 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4181| Komen: 35|Original author: Tatod


Penemuan mayat seorang wanita dalam rendaman asid di tab mandi membawa kepada penahanan seorang ahli bina badan, Meraj Zafar, atas dakwaan membunuh mangsa yang juga teman wanitanya, Aminah Hayat.

Dihadapkan kali pertama di mahkamah untuk sebutan kes, pihak pendakwaan mengatakan mayat wanita berusia 19 tahun itu dipercayai sudah berada dalam larutan asid lebih daripada sehari sebelum ditemui.

Daily Mail melaporkan, berdasarkan kertas pertuduhan yang dibacakan terhadap suspek berusia 20 tahun itu, Zafar menyerah diri di Balai Polis Bankstown, Sydney di Australia pada hari Isnin jam 12.30 tengah hari selepas pihak polis menggesa orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai kejadian berkenaan.


Tab mandi tempat mangsa direndam dalam larutan asid.
Sumber Dailymail.co.uk

Mayat Aminah ditemui di tingkat bawah kediaman pasangan itu pada jam 4.30 petang, Ahad lalu. Pihak berkuasa bertindak memecah masuk apartmen berkenaan selepas menerima laporan daripada anggota keluarga yang bimbangkan keselamatan mangsa.

Bagaimanapun, bau bahan kimia yang terlalu kuat menyebabkan pihak polis terpaksa berundur.  Mereka meminta bantuan daripada pasukan khas Bomba dan Penyelamat yang lengkap dengan pakaian pelindung kimia bagi menyiasat tempat kejadian.

Ibu bapa mangsa, Mahafuzu dan Abu.
Sumber: Dailymail.co.uk

Superintendan Julie Boon dari Polis NSW menyifatkan kejadian itu sebagai "sangat mencabar" bagi mereka. Pihak mahkamah menolak permohonan ikat jamin daripada peguam Mohamad Sakr yang mewakili Zafar. Suspek akan terus berada dalam tahanan sehingga 5 April.

Di luar mahkamah, Sakr berkata, tertuduh sedih dan kecewa kerana terus berada dalam tahanan sedangkan dia belum dibuktikan bersalah.

Dikatakan, Zafar dan Aminah berpindah ke kediaman itu sejak Oktober lalu.  -CARI

Bahan bukti dari tempat kejadian.
Sumber: Dailymail.co.uk






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellejo 3-2-2022 01:56 PM
aku konpius ini dekat mana ni? pakistan ke?
org terlibat termasuk peguam nama islamic semuanya.

Quote fealefea 3-2-2022 01:59 PM
uwaw, mangsa pakai filter ape tu. parent die takde rupe dia. dasar narcisist betol jantan tu. rumah kau, gf kau tapi bukan salah kau. ciss.
Quote Buritan 3-2-2022 02:01 PM
ellejo replied at 3-2-2022 01:56 PM
aku konpius ini dekat mana ni? pakistan ke?
org terlibat termasuk peguam nama islamic semuanya.


Emm tu laa.. tp gaya hidup patot nama robert ke ahcongke mutusamy kee.. nama isle pas pis pus.. gaya hidup dap..
Quote selipar_hijau 3-2-2022 02:06 PM
migrant dari negara mana ni, moeslim² semua namanya
Quote north_star 3-2-2022 02:08 PM
mangsa = Bangladesh
suspek = Pakistan
Quote ardent91 3-2-2022 02:08 PM
ellejo replied at 3-2-2022 01:56 PM
aku konpius ini dekat mana ni? pakistan ke?
org terlibat termasuk peguam nama islamic semuanya.

ni mesti kat area byak komuniti islam kat australia

Quote ardent91 3-2-2022 02:10 PM
anyway, dak2 umor 19/20 taun jaman skrg mmg nmpak matured benor kan....im not talking about foreigners only.. org Malaysia pown sama... byak aku tgok ingat dah umor lewat 20an camtu upernya baru 18/19....so mmg x salah la kalo drama2 Meleis byak portray kan watak parents ngan anak cam sebaya..
Quote babelina 3-2-2022 02:22 PM
scary nye.. semua pn nk bunuh.. xde nk bincang2 dh..
Quote salimrock 3-2-2022 02:22 PM
ellejo replied at 3-2-2022 01:56 PM
aku konpius ini dekat mana ni? pakistan ke?
org terlibat termasuk peguam nama islamic semuanya.

polis nama cina pula, Superintendan Julie boon
Quote salimrock 3-2-2022 02:23 PM
tak silap, australia takde hukum bunuh / gantung kan? kira mereput dlm jail je la ...
Quote imanjannah 3-2-2022 02:31 PM
siap beli asid bnayak2
Quote darkness 3-2-2022 02:35 PM
Scarynyaa...dah kenapa ko xmasuk dalam tab asid tu skalik?
Quote acik79 3-2-2022 02:42 PM
Kat sana biasa la… dah moden… minah2 arab sana pun daring pakai sekso naik motor dgn pak we… mana ada purdah2 & hijab2 ni
Quote umbut 3-2-2022 02:53 PM
Kat negara asal tak leh sosial2.. Terpaksa ler lari negara kokesen.. Lebih freedom.
Quote brownstone 3-2-2022 02:54 PM
Macam cerita pain & gain. Body builder ambil inspirasi dari situ la kot. Lol
Quote myakayina 3-2-2022 03:34 PM
mcm mana la rupa mayat mangsa tu..mesti luruh daging2..
Quote supernaturalee 3-2-2022 03:43 PM
Bahan bukti dari tempat kejadian.


lebih tertarik dgn pose polis tu

Quote nw111 3-2-2022 03:48 PM
ellejo replied at 3-2-2022 01:56 PM
aku konpius ini dekat mana ni? pakistan ke?
org terlibat termasuk peguam nama islamic semuanya.


Ostolia tu rasanya
Quote shi_jewel 3-2-2022 04:03 PM
badan tough tp pukul perempuan.... LEMAHHHH

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.167199 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top