CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elly Suriaty Rasa Bersalah, Sabit Terpelanting Kena Muka Shahidan Izwan

3-2-2022 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6769| Komen: 70

Ellie Suriaty dihantui rasa bersalah selepas tidak sengaja menyebabkan pelakon, Shahidan Izwan mengalami kecederaan apabila terkena sabit semasa menjalani penggambaran filem Telaga Suriram di Perlis.


Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Ellie atau nama lengkapnya Ellie Suriaty Omar, 52, mengakui berasa sangat bersalah dan telah memohon maaf kepada Shahidan atas kejadian yang tidak disengajakan itu.


Foto: IG

“Saya menyebabkan ‘kemalangan di set semalam ketika menjalani penggambaran Telaga Suriram. Ketika shoot (berlakon), sabit di tangan Mak Tijah (watak Ellie) terpelanting ketika bergelut dengan Jabet (watak Shahidan) sehingga terkena dahi dan hidungnya.


“Saya minta maaf dan berasa sangat bersalah kepada Shahidan Izwan,” tulisnya.

Bagaimanapun, Ellie lega kerana pelakon itu tidak mengalami kecederaan serius dan telah dimaafkan Shahidan atas apa yang berlaku.



“Alhamdulillah. Syukur Allah SWT lembutkan hati Shahidan. Saya minta maaf sekali lagi,” katanya.

Sementara itu, menerusi perkongsian yang dimuat naik Shahidan dalam Instagram miliknya telah berkongsi kecederaan yang dialaminya pada hidung dan dahi selepas terkena sabit.

Shahidan atau lebih dikenali sebagai Iwang Ali menganggap kemalangan yang terjadi sebagai suatu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.



“Kemalangan di set Telaga Suriram. Kenangan yang tidak boleh dilupakan. Sabit rumput terbang ke muka.

“Tiada siapa yang salah. Inilah adat semasa berlakon. Pasti aka nada perkara yang tidak diingini berlaku. Doakan saya cepat sembuh dan tidak sabar mahu masuk ke set penggambaran semula,” katanya.



Selain Ellie Suriaty dan Shahidan, filem Telaga Suriram yang diarahkan oleh pengarah Osman Ali turut dibintangi oleh pelakon Nabila Huda, Maya Karin, Farid Kamil dan Scha Alyahya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 3-2-2022 10:56 AM
camner smpi leh terpelanting sabit tu? scene camner agaknya tu..harap2 bukan sebab over menjiwai watak la..sibbaik kena sikit je..seriau
Quote guesswho09 3-2-2022 10:59 AM
Eiii seriau nya
nasib tak kena mata
Quote exclusive_vvip 3-2-2022 10:59 AM
yg pelakon2 baru pun, jgn biar sgt pelakon2 otai perasan terer berlakon ni berlakon over2 sgt..kekadang tu scene kena pukul pun nak buat betol2 smpi sakit2 badan korang..mmg korang teruja dpt berlakon dgn otai2 ni,tapi kena  tgk2 jugak mana patut padan..
Quote umbut 3-2-2022 11:08 AM
Nasib tak kena mata.. Tak pasal2 ada bekas parut kat muka. Eeee.. Over lah acik kepam ni.. Naik syehhh ke.. Nasib x tertanggal kain kemban ko
Quote innocent_me 3-2-2022 11:17 AM
Allah hai dah lama kot kau berkecimpung dalam bidang ni elly.
Dah kata berlakon tu, guna la sabit yg dh tumpul ke, yg dummy ke untuk elak kecederaan.
Kau pun tau kau mudah naik hantu, jangan sampai skit lagi kat set filem pun kena jemput bayar safety officer bagai.
Quote xtinkerbellx 3-2-2022 11:18 AM
Nasib baik pelakon baru.. kalau pelakon lama mesti da kena saman
Quote luluaurora 3-2-2022 11:23 AM
napa guna sabit real,
kn ada je props sabit pelesu, guna la..
bahaya oooo...silap melayang lagi parah..
Quote supernaturalee 3-2-2022 11:38 AM
open wound klu x berjahit kemas2 parut tu akn jd sgt ketara
infact parut mcm timbul tu

Quote Payapaya 3-2-2022 11:40 AM
Bahaya lah. Why pakai sabit betul. Ngeri
Quote makgetah 3-2-2022 11:49 AM
Production house ada provide insurance ka? Calling for Niosh
Quote Suchi 3-2-2022 12:28 PM
exclusive_vvip replied at 3-2-2022 10:59 AM
yg pelakon2 baru pun, jgn biar sgt pelakon2 otai perasan terer berlakon ni berlakon over2 sgt..kekad ...

Kan mujur nyawa tak melayang, kalau pilem hollywood tu ada je yg sampai mati sbb kena tembak.
Guna pistol betul tu haihhh gitu je melayang nyawa org.
Quote babelina 3-2-2022 12:28 PM
Allah.. mujur x pape.. bahaya pkai yg btl.. mgkn scene benda tajam2 nie bole tukar lain kot..
Quote Suchi 3-2-2022 12:30 PM
xtinkerbellx replied at 3-2-2022 11:18 AM
Nasib baik pelakon baru.. kalau pelakon lama mesti da kena saman

Saman jelaa habis berparut muka dia dahla pelakon muka mmg guna tuk buat duit.
Tak paham kenapa la guna sabit betul?
Quote adeqbun 3-2-2022 12:32 PM
huduhnye berkemban mcm tu..same la ngan kupu2..atas tiket menjiwai watak..kan pelakon ni golongan terpilih..
Quote silampumeja 3-2-2022 12:36 PM
Ada tengok kat ig abil dia duk libas sabit tu... Gerun gile sbb ramai2 duk kerumun. Rupanya mmg dh akibatkan kemalangan.... Diorang ni ada socso , kalau ada betterlah pg dptkan rawatan dan mc sblum sambung balik pengambaran
Quote mixed 3-2-2022 12:48 PM
Cam x selera nk tgk gelimat tgk berkembam abil dgn elie
Quote Tokeybundle 3-2-2022 12:59 PM
Si kepam ni berlakon mmg over.sama mcm nek oggy n the friend
Quote ninnamina 3-2-2022 01:14 PM
Cerita ni kan yg kupu2 berlakon sekali kan..
Tengok belum apa2 dah kene hentam dekat fb pasal berkemban.. org dok cakap cerita zaman bila ni berkemban, kalau zaman batu ye la, kalau tahun 80an mana ada dah berkemban ni..
Quote ninnamina 3-2-2022 01:15 PM
adeqbun replied at 3-2-2022 12:32 PM
huduhnye berkemban mcm tu..same la ngan kupu2..atas tiket menjiwai watak..kan pelakon ni golongan te ...

“Ini kan uniform saya” kata pelakon

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.037037 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top