CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Baru Belajar Pandu Kereta Rempuh Isteri Sampai Mati

3-2-2022 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2124| Komen: 14

Pringsewu: Seorang wanita maut selepas dilanggar oleh suaminya yang ketika itu baru belajar memandu kereta.

Kejadian itu berlaku di daerah Pringsewu di Lampung, baru-baru ini.


Insiden itu berlaku ketika suami mangsa mahu meletakkan kenderaan di garaj rumah mereka.


Foto: Agensi

Ketika itu, mangsa menyapu laman rumahnya sambil memerhatikan suaminya sebelum kereta yang dipandu lelaki itu tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuhnya.

Rempuhan itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.


Ketua Polis Pringsewu, Dany Waldy mengesahkan insiden itu.

Katanya, suami mangsa kini masih terkejut dengan insiden yang berlaku.

“Suami mangsa tidak menyangka akan melanggar isterinya sendiri hingga maut.

“Dia memberitahu dia gagal mengawal keretanya sehingga melanggar isterinya yang ketika itu menyapu sampah,” kata Dany.

Mangsa meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah di kepala, selain patah tulang kaki. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 3-2-2022 10:42 AM
Edited by Suchi at 3-2-2022 10:43 AM

Jarang org lelaki buat silap mcm ni, biasanya dorangla paling cermat bawak keta dan tak gelabah.
Dorang pun biasanya lebih cepat pandai memandu kereta.
Pi kelas memandu pun amik 1-2 jam je kelas pastu dah nak test JPJ beza ngn iols dulu belajar sampai 14 jam.
Quote Artemesiaa 3-2-2022 10:45 AM
Harap benar seperti yang diberitakan bukan sebab ada niat lain
Quote becir 3-2-2022 02:04 PM
Artemesiaa replied at 3-2-2022 10:45 AM
Harap benar seperti yang diberitakan bukan sebab ada niat lain

ntahnya...segala macam bau ada kes ni, ikan, sotong, udang kering..fishyyyy
Quote sukacactus 3-2-2022 02:06 PM
Artemesiaa replied at 3-2-2022 10:45 AM
Harap benar seperti yang diberitakan bukan sebab ada niat lain

Sama!
Baca tajuk pun pikiran aku dah ke situ
Quote imanjannah 3-2-2022 02:32 PM
bau ikan kering kuat sgt
Quote darkness 3-2-2022 02:41 PM
Suchi replied at 3-2-2022 10:42 AM
Jarang org lelaki buat silap mcm ni, biasanya dorangla paling cermat bawak keta dan tak gelabah.
Dor ...

Kann....lepastu gaya bini mcm tau ja laki dia pandai driving. Siap.menyapu depan garaj..kalau aku, maunya aku dok tepi kalau berhadapan dgn org baru belajar mandu
Quote Decaffeinated 3-2-2022 02:55 PM
kat indon ada kereta macam ada helikopter.

ada sedikit lojik kalau driving pun bebal.

Quote Belibis 3-2-2022 03:32 PM
Kenapa bukan priska yang buka topic ni??
Quote sharfox 3-2-2022 03:55 PM
Diorang ni mana ada sistem kelas belajar memandu mcm kita kat sini. Sapa2 boleh beli kereta n belajar sendiri dulu, kemudian bila nak masuk jalan besar baru apply lesen. So takda la bau ikan pun lebih pada panik dan tak tau camne nak kontrol minyak n clutch.
Quote mbhcsf 3-2-2022 04:40 PM
oh my god!!!...mcm kete manual je ni...sbb kalau automatic , boleh cepat je braking at once , instantly.
Quote DayangKirana 3-2-2022 05:10 PM
elok2 baru nak belajar driving, terus trauma nak bawak keta.
Quote Suchi 3-2-2022 06:14 PM
sharfox replied at 3-2-2022 03:55 PM
Diorang ni mana ada sistem kelas belajar memandu mcm kita kat sini. Sapa2 boleh beli kereta n belaja ...

Lah yeke sana takde kelas belajar memandu ke? Sini bukan ke kena ada lesen baru boleh buat loan keta kan?
Kalau cash je yg bleh beli tanpa ade lesen keta.

Quote Jitu 4-2-2022 12:28 AM
Suchi replied at 3-2-2022 10:42 AM
Jarang org lelaki buat silap mcm ni, biasanya dorangla paling cermat bawak keta dan tak gelabah.
Dor ...

ada je
menantu kawan bapak sy
pernah terbabas pastu terus tak bawak
pergi mana2 bini yg drive
tp tak tahu skrg ni dah blh bawak semula ke tak

kawan arwah abang sy pun same
naik bukit tak lepas tergostan
smpi skrg naik motor je gerak mana2  
Quote sharfox 4-2-2022 01:32 PM
Suchi replied at 3-2-2022 06:14 PM
Lah yeke sana takde kelas belajar memandu ke? Sini bukan ke kena ada lesen baru boleh buat loan ke ...

Itu...kat sana kereta yg 2nd hand berlambak2. So sapa ada duit beli je la cash.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.041377 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top