CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharol Shiro Dituduh Ambil Dadah

3-2-2022 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2343| Komen: 6

"Dadah adalah benda yang paling saya benci."

Demikian kata pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro ketika diminta mengulas mengenai dakwaan satu akaun Twitter, mengenai dirinya yang dikatakan pernah ditamatkan kerja sebagai pegawai imigresen di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana terbabit dengan dadah.


Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi ketika dihubungi berkata, dakwaan itu dianggap sebagai keterlaluan kerana membabitkan reputasi nama baiknya dan juga jabatan kerajaan.

Foto: IG


"Mengenai ciapan di Twitter itu, selepas melakukan perbincangan, saya membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan perkara sama tidak lagi berulang.


"Dari apa yang saya nampak, akan ada beberapa serangan lagi yang bakal berlaku rentetan daripada ciapan ini dan saya memang dah bersedia," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, setiap individu terbuka untuk menegakkan fahaman politik masing-masing dengan cara yang betul.



"Saya tak kisah kalau ada individu yang ingin menegakkan fahaman politik masing-masing, namun, ini adalah serangan peribadi membabitkan nama baik saya dan juga agensi kerajaan," katanya.

Ditanya mengenai penamatan perkhidmatannya sebagai pegawai imigresen, Shahrol berkata, dia berhenti mengikut prosedur yang sepatutnya dan bukan kerana terbabit dengan dadah.



"Mana ada istilah kalau kena tangkap, akan ada pihak yang cuba 'menutup' kesalahan itu. Sebagai penjawat awam, sekiranya seseorang itu ditangkap, rekod akan ada.

"Saya terus terang, sewaktu berkhidmat dulu, saya bersih daripada sebarang rekod buruk dan saya berhenti pun kerana mendapat tawaran dalam dunia seni.

"Selepas saya berhenti dan menjadi anak seni pun, saya masih dijemput oleh beberapa pihak contohnya Jabatan Penjara Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk memberikan perkongsian," katanya.

Semalam, Shahrol bersama sahabat-sahabatnya meraikan ulang tahun ke-15 pasukan yang bersama dengannya ketika di jabatan itu dan mereka juga tertanya-tanya apa yang berlaku.

"Kawan-kawan saya pun ketawa dan masing-masing tertanya-tanya, apa yang berlaku. Apa yang boleh saya katakan, tindakan individu itu menulis ciapan memang keterlaluan.

"Saya risau kalau ada tangan-tangan ghaib yang membayar individu ini untuk melakukan perkara sebegitu kerana ia sangat tidak betul," katanya.


Di Instagram, Shahrol turut memuat naik tangkap layar ciapan dari pengguna Twitter menggunakan nama @kuhaslinda_a1 yang menulis ciapan berbaur fitnah itu.

Selain mendakwa Shahrol terbabit dengan dadah, ciapan itu juga turut mendakwa Shahrol pernah 'digam' kerana masalah disiplin.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 3-2-2022 10:36 AM
Yang betulnya ko de masalah disiplin. Mana2 ko pegi mesti timbul masalah ni.
Quote SANKURIANG 3-2-2022 10:42 AM
Serangan dari musuh la ni, kan PRN Johor tak lama lagi kan.
Quote manehnya 3-2-2022 10:57 AM
ada akak kesah, ko sapa.. bkn eb
Quote luluaurora 3-2-2022 11:46 AM
oooo ex imi rupanya...
Quote jargon 5-2-2022 12:00 AM
Bodohnya berenti keje gov..aku ni punyalaaa susah waima gred19 kerani je pon…klau dah takde job atleast masih ada kje hakiki..mcm sapik farhain tu yg xpernah trpikir nak berenti amik job kadang2
Quote AnnaSendin 5-2-2022 01:38 PM
Sapalah yang dakwa heols mendadih? Badan katang subur mekar jurr.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.045512 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top