CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jamal Abdillah Bangga, Anak baru umur 16 tahun Dah Jadi Tauke Kedai Makan

3-2-2022 10:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4768| Komen: 29

"Saya rasa kalau perkara dan benda-benda positif, barulah kita galakkan. Saya rasa memang tak sangka jugalah dia buat berniaga macam itu. Keberanian dia."

Demikian kata penghibur terkenal negara yang mendapat jolokan 'Raja Pop', Datuk Jamal Abdillah, 63, berhubung pembabitan anaknya, Zaki Yamani, 16, dalam perniagaan pada usia masih remaja.


Foto: Harian Metro

Jamal dihubungi berkata dia melihat kejayaan Zaki yang kini mengusahakan kedai makan dikenali Ngopi Dulu Yop, di Kajang, Selangor sejak lima bulan lalu mendapat dorongan kuat daripada ibunya.

"Apa yang dilakukannya itu (bisnes)   mungkin atas dorongan ibunya. Jadi, saya boleh anggap sesuatu yang berjaya untuk dia. Satu kejayaan yang dia nampak atas sikapnya mahu bekerja, mahu berusaha memperbaiki dirinya.


"Saya bersyukur, cuma nak ingatkan dia jangan terlalu teruja dan teruskanlah berusaha dengan bersungguh-sungguh," katanya kepada Harian Metro.



Jamal yang turut aktif dalam perniagan ditanya apakah Zaki  ada buka mulut berbincang dengannya untuk terbabit menjalankan bisnes berkata, mereka tidak pernah membincangkannya.

"Zaki tak ada berbincang dengan saya. Cuma, dia pernah beritahu saya nak berniaga. Tapi, saya pun tak bertanya dia dengan lebih lanjut," katanya.



Semalam, Harian Metro melaporkan Zaki juga seorang penyanyi kini bergelar tauke kedai makan pada usia 16 tahun walaupun segelintir rakan sekolahnya tidak percaya dia berniaga.

Zaki berkata dia tidak kisah pun sama ada rakan sekolah mahu percaya atau tidak kerana paling utama baginya ialah terus berusaha mencari rezeki bersama ibu tersayang.




Mengenai menu di kedai makannya, Zaki berkata ada pelbagai hidangan makanan segera inspirasi dari Korea disediakan berserta minuman berasaskan kopi hasil air tangan dia sebagai 'barista' dengan harga berpatutan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 3-2-2022 10:11 AM
Kalau cafe ni... Susah jua nak bertahan..... Bangga kejap je la, lepas tu katup..
Quote epiquecity04 3-2-2022 10:19 AM
pelik2 orang zaman skrg ni. remaja patut fokus jadi remaja bukan sibuk berniaga. bab duit tu biar la mak bapak dia settlekan. bisnes melingkup esok lusa boleh buat bisnes baru. anak orka kan...tapi spm melingkup ko nak ambik balik ke dek? huhu
Quote Su_annur 3-2-2022 10:20 AM
Tp anak2 jamal memang jenis xbgantung dengan dia..anak yg sulung osama masa study buat part time jual burger nak tampung pgajian time to...
Quote mamajawie 3-2-2022 10:40 AM
Su_annur replied at 3-2-2022 10:20 AM
Tp anak2 jamal memang jenis xbgantung dengan dia..anak yg sulung osama masa study buat part time jua ...

sbab bapak dia pun jenis kawen cerai kawen cerai..seb bek dengan wife muda skang ni berderet anak kecik tu pun mgkin salah satu sebab anak2 dengan ex wife2 taknak bergantung harap dengan tokmal

Quote doubleA 3-2-2022 10:41 AM
Zaki ni memang nampak berdikari dengan mak dia ja, dan mak dia pun business minded pandai guna anak utk bisnes. Bagus la at least ada pendapatan sampingan
Quote namr 3-2-2022 10:44 AM
Dah ko asik kawin cerai ulang2 sampai ajm..bg nafkah cukup ke idok ke anak2
Quote mizruncing 3-2-2022 10:50 AM
baik bukak warung je dikk. serve makanan yg mampu milik. cafe ni dah tumbuh bak cendawan. susa nak bertahan lama
Quote Suchi 3-2-2022 10:53 AM
Oh kedai kat food court sungai ramal tu, nanti laa pi tgk.
Sbb tgk jenis kopi biasa2 tu, iols lebih suka pi cafe yg unik aesthetic bagai.
Ni dlm food court so deco pun biasa jelaa tak instagrammable laa org kata.
Quote chandrahusin 3-2-2022 11:05 AM
sbb bapak dia Jamal Abdillah
mmg laku la klu berniaga
bagus lah berusaha
Quote xtinkerbellx 3-2-2022 11:08 AM
Okla. Tak berharap kat bapak dia
Quote luluaurora 3-2-2022 11:26 AM
moga suksess..
belajar jgn lupa...ilmu penting..
Quote slyfynx 3-2-2022 11:38 AM
Satu mende yang aku perhati kt Malaysia ni, kalau remaja dah start buat bisnes dan pegang duit, study tu makin lama makin jauh.
X salah untuk ade pemdapatan, tp bile dah pegang duit bnyk tiap2 bulan, minat nk belajar tu akan makin kurang.
Quote AnnaSendin 3-2-2022 01:29 PM
Edited by AnnaSendin at 3-2-2022 01:30 PM
slyfynx replied at 3-2-2022 11:38 AM
Satu mende yang aku perhati kt Malaysia ni, kalau remaja dah start buat bisnes dan pegang duit, stud ...


Iols perati trend nieyh makin popular. Tapi kaka kena tau, di tanah air makin payah cari keje. Kalau ada degree pon namun tade kabel fibre, mana maunya senang2 nak keje gomen atau swasta, dari serendah2 jawatan sampailah tinggi. Tuew sebab bebudak zaman now rasa membazir study bertaon2 dengan yuran mahal lagi tapi kesudahan haus di rumah melopong sajork memikir nak bayar hutang ptptn. Baik terus meniaga atau jadi instapemes.
Quote prince_marhaen 3-2-2022 01:43 PM
walhal apaknya tak amik kisah pun....wartawan sibuk tanya baru dia jawab general jahhh.....wartawan yang feeling lebihhhh dia Tok Mal.... hahah...budak2 biasa lah yang sorang ni memang feeling jugak terpaling anak artis top, walhal apak ko merata tinggal benih jek...mak ko yang susah payah meniaga bagai...  good luck ye dik.
Quote TabletSusu 3-2-2022 01:48 PM
Suchi replied at 3-2-2022 02:53 AM
Oh kedai kat food court sungai ramal tu, nanti laa pi tgk.
Sbb tgk jenis kopi biasa2 tu, iols lebih  ...

food court yg mana satu Suchi..? bangi square 2 tu ke?
Quote fealefea 3-2-2022 01:49 PM
untong la abah femes. tgk, forumer yg view pon nk cuba. kabel la tu. guna je. skrg ni idop mmg kene ada kabel sbb org teratas pon kabel mengkabel. ada kelebihan tu guna je.
Quote Suchi 3-2-2022 03:20 PM
TabletSusu replied at 3-2-2022 01:48 PM
food court yg mana satu Suchi..? bangi square 2 tu ke?

Bukan yg tu yg ni hat setentang ngn shell sungai ramal tu N9 Foodcourt
Quote naina 3-2-2022 04:53 PM
slyfynx replied at 3-2-2022 11:38 AM
Satu mende yang aku perhati kt Malaysia ni, kalau remaja dah start buat bisnes dan pegang duit, stud ...

Nanti asik fikir duit je
Takda rasa nak gali ilmu
Tak kiralah ilmu apa pun
Orang kaya memang ramai
Tapi adab takda
Orang tak pandai pun boleh jadi kaya
Tapi itulah..
Quote nakkomenjugak 4-2-2022 08:24 AM
Moga berjaya laa cafe nyaa dek nonnnn

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.106984 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top