CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sakit Dan Alami Ereksi, Lelaki Potong Zakar Sendiri Guna Gunting

3-2-2022 08:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1326| Komen: 8

Bangkok– Satu kajian kes perubatan mendedahkan mengenai seorang lelaki yang dilaporkan memotong kemaluannya sendiri ketika berada di bawah pengaruh ganja, lapor laman metro UK.


Lelaki berusia 23 tahun yang tidak didedahkan identitinya dan berasal dari Thailand itu menghisap ganja selama dua tahun sebelum cuba menghentikan tabiatnya.

Tiga bulan kemudian, dia menghisap 2 gram ganja dan mengalami ereksi dua jam kemudian walaupun tanpa apa-apa rangsangan seksual. 


Gambar Hiasan

Dia juga berasa sakit pada kemaluannya dan berkata, hujung zakarnya terbalik.

Kerana percaya boleh menghentikan kesakitan dialami, dia memutuskan untuk memotong kulit kemaluannya beberapa kali menggunakan gunting sebelum ia dipotong sepenuhnya. 

Pendarahan berlaku tidak berhenti selama dua jam sebelum dia dibawa ke hospital. Doktor-doktor percaya kemaluannya terlalu rosak untuk diselamatkan lalu membuang semua kulit dan daging yang mati.

Bahagian yang dipotong itu telah dihurung oleh semut, manakala yang tinggal hanyalah kemaluan sepanjang 2 sentimeter.

Penyelidikan itu diterbitkan menerusi Journal of Medical Case Reports dengan menyatakan bahawa gejala psikosis atau halusinasi berlaku akibat penggunaan ganja tanpa sebarang penyalahgunaan bahan lain.

Penulis utama kajian tersebut, Nantanan Jengsuebsant daripada Jabatan Perubatan Kecemasan turut menyatakan bahawa ganja telah digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk tujuan perubatan dan rekreasi.

Pengalaman lelaki itu adalah kes yang jarang berlaku tetapi ganja dilihat menunjukkan banyak kesan buruk termasuk psikosis, tambah laporan itu.

Pasukan penyelidik membuat kesimpulan bahawa psikosis adalah kesan buruk yang disebabkan oleh ganja dan dengan tidak dijangka boleh menjejaskan pemikiran untuk mencederakan diri sendiri. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kyozsamurai 3-2-2022 08:44 AM
baca pon rasa seram
Quote Artemesiaa 3-2-2022 11:04 AM
Hard core mat pet mana boleh fikir lurus lagi mulalah buat kerja merapu
Quote babelina 3-2-2022 12:45 PM
klau menganja..camtu la.. nk hepy.. hepy jer la ko.. klau nk mkn.. mengunyah je la ko.. hahaha
Quote gideoncross 3-2-2022 01:26 PM
Pdn muka ko.
Quote Decaffeinated 3-2-2022 02:20 PM
Artikel sampah tiada hala tuju melainkan over sensationalisation nak up view sahaja.

Quote DayangKirana 3-2-2022 04:38 PM
mujur potong sendiri punya..buatnya potong orang lain punya?? naya...
Quote tikusmontok 3-2-2022 05:06 PM
Ada alasan utk memondan
Quote doubleharmonic 3-2-2022 07:54 PM
bamjat dah tak berloceng tersenyum sinis

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.045973 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top