CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Luka Putus Tunang Tak Sembuh, Amylea Azizan Belum Tukar Nombor Telefon Dengan Mana-Mana Lelaki

3-2-2022 08:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3843| Komen: 32

Setelah lebih setahun berkongsi kisah putus tunang dengan Farouk Roman, penyanyi dan komposer, Amylea Azizan berkata hatinya masih belum terbuka untuk mana-mana lelaki.


Kata Amylea, 36, bukan sesuatu yang mudah untuknya mencari pengganti kerana kegagalan lalu memberi kesan mendalam dalam hidupnya.

Foto: IG

“Saya tidak mencari seorang yang istimewa sekarang ini. Saya baru keluar daripada fasa putus tunang... tak boleh cari ganti dengan mudah.

“Perkara yang terjadi banyak memberi impak kepada saya. Bertegur dan bertukar nombor telefon dengan mana-mana lelaki pun tidak.


"Buat masa sekarang tiada teman lelaki dalam hidup saya,” katanya kepada mStar.



Pada Januari tahun lalu media melaporkan tentang kisah cinta terlerai antara Amylea dan Farouk biarpun lebih 10 tahun menjalinkan hubungan.

Bagaimanapun kedua-dua mereka enggan berkongsi punca perpisahan.

Sementara itu penyanyi lagu Kendati ini menafikan mula menjalinkan hubungan istimewa dengan lelaki yang dikenali sebagai Sol Ahmad.

Gosip antara Amylea dengan lelaki berkenaan timbul selepas mereka dilihat saling berkongsi kata-kata manis di media sosial.



“Saya ada ramai kawan baik lelaki. Sol antara kelompok rakan yang sangat rapat.

“Kami sering berkongsi ungkapan sebegitu kerana kami saling menyanyangi sebagi seorang kawan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Amylea kini mengambangkan sayap kerjaya ke dunia lakonan.

Meskipun masih baru dan banyak yang perlu dipelajari, dia sudah mula menyukai bidang ini dan akan serius bergelar pelakon.



“Sebenarnya tak pernah terfikir. Tapi syarikat Radius One menawarkan saya untuk berlakon kerana sudah lama kami bekerjasama menghasilkan lagu untuk drama.

“Mereka melihat akaun TikTok saya dan katakan saya ada bakat berlakon. Bermula dengan watak cameo saya kemudian ditawarkan untuk sebuah drama lain.

“Ia adalah permulaan baharu bagi diri saya. Saya serius untuk berlakon dan bukan sekadar main-main. Tetapi buat masa sekarang saya selesa bersama Radius One dahulu kerana banyak yang perlu dipelajari sebelum terlibat dengan produksi lain,” kata Amylea.



Dia bakal tampil dalam drama berjudul Fantasia Inn dan Dendam Seorang Isteri selain memegang watak utama untuk drama Hantu Malam Pesta. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eely_shana 3-2-2022 09:08 AM
Suara amylea best
Quote manehnya 3-2-2022 09:57 AM
Dia bakal tampil dalam drama berjudul Fantasia Inn dan Dendam Seorang Isteri selain memegang watak utama untuk drama Hantu Malam Pesta


ergh.. dia ni jd hantu sesuai la... jd heroin mcm x sesuai jerh...

org dh x ndak, kau move on jelah, muka pun mmg dah tak berapa  lawa, seksi ja lebih
Quote AnnaSendin 3-2-2022 01:40 PM
Iols ingat orang yang nama Farouk Roman nieyh mesti herloks. Bila iols gugel sapakah heols, hmmm... tak berbaloi amylea. Cari lain jur.
Quote adelea 3-2-2022 02:02 PM
jodoh di syurga mungkin
Quote beta_carotene 3-2-2022 03:02 PM
adelea replied at 3-2-2022 01:02 PM
jodoh di syurga mungkin

kerlasss temu jodoh dgn anwar zain di sorga
Quote bedahmenjuyah 3-2-2022 07:35 PM
Iols baru nak ckp sbb benang amylea terselit bawah benang bamnuar. Ok apa nanti dpt hasilkan lagu bes bes
Quote Suchi 3-2-2022 07:48 PM
eely_shana replied at 3-2-2022 09:08 AM
Suara amylea best

Lagu Kendati tu best tp kenapa langsung tak masuk AJL.

Tak patut betul.
Quote anony-mous 3-2-2022 07:57 PM
Kesian. Tp nak salahkan laki tu 100% pon x boleh. Patutnya after 3y tunang, klau x kahwin, sila la angkat kaki
Quote codenamedream 3-2-2022 08:16 PM
Moga Amylea dapat jodoh yg baik n hensem n muda. Buat lagu2 yg best lagi k.
Hampeh tul bertunang sampai 10tahun.
Quote matbad 4-2-2022 01:02 AM
anony-mous: Kesian. Tp nak salahkan laki t ...

prangai dia sndri pn ntah apa2. tnya la kawan2 skolah dia hikhik. sapa yg pnah kena tu tau la hihihi
Quote codenamedream 4-2-2022 01:09 AM
matbad replied at 4-2-2022 01:02 AM
prangai dia sndri pn ntah apa2. tnya la kawan2 skolah dia hikhik. sapa yg pnah kena tu tau la hihih ...

Sheols baran ke?
Teringat gossip sheols ngamuk masa tak dpt pi final ajl
Quote cokelatrawkz 4-2-2022 01:35 AM
10 thn betunang? ini tunangan gajah ke
Quote matbad 4-2-2022 02:16 AM
codenamedream replied at 4-2-2022 01:09 AM
Sheols baran ke?
Teringat gossip sheols ngamuk masa tak dpt pi final ajl

baran tu tak tp suka betindak kurang bijak. dari skolah lagi. sbb tu masa af dulu ada akma gtau prangai dia jenis mulut longkang dan suka laga2 kan kwn2 smua tak caya. tula hakikatnya
Quote hangdenim 4-2-2022 03:58 AM
AnnaSendin replied at 3-2-2022 01:40 PM
Iols ingat orang yang nama Farouk Roman nieyh mesti herloks. Bila iols gugel sapakah heols, hmmm...  ...

Bukan farouk ni jenis taknoenah tunjuk muka ke uols?? Ade ekk wajah heols, tepek la spoonfeed teman2 di sinihhh
Quote nakkomenjugak 4-2-2022 08:52 AM
lebih 10 tahun????
wowwww buang masa sungguh
Quote cheezel 4-2-2022 09:51 AM
Comel je. Tak mcm umur sebenar pun.
Lepasni wartawan ponen akan sibuk tanya pasal kawin kawin kawin
Quote Jiddin 4-2-2022 05:34 PM
adelea replied at 3-2-2022 02:02 PM
jodoh di syurga mungkin

Betul. Ada wanita yang meols rasa life dia lebih baik single dari berkahwin. Amylea is one of them.
Quote awexgaban7 4-2-2022 05:43 PM
Faroq pon dah ada gf baru skrg
Quote AnnaSendin 4-2-2022 06:04 PM
hangdenim replied at 4-2-2022 03:58 AM
Bukan farouk ni jenis taknoenah tunjuk muka ke uols?? Ade ekk wajah heols, tepek la spoonfeed tema ...

Mempersembahkan... Farouk Roman. Tataplah puas2 sesambil minum petang.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.043524 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top