|
Sumber: Instagram Dr. Amalina Baru-baru ini Dr Amalina Che Bakri telah berkongsian gambar percutiaanya yang mendapat perhatian netizen. Dalam perkongsian tersebut, Dr Amalina menunjukkan gambar percutiannya di Langkawi bersama suaminya. Perkongsiannya itu mendapat komen dari netizen dan rata-ratanya menyambut kepulangan Dr Amalina ke Malaysia.
Sumber: Instagram Dr. Amalina Tetapi dalam banyak komen yang menyambut kepulangannya, ada juga netizen yang mempersoalkan tindakan Dr Amalina yang dikatakan terus pergi bercuti tanpa berjumpa dengan keluarganya dahulu setelah sampai di Malaysia. Namun, soalan-soalan yang ditanyakan kepada Dr Amalina itu telah dijawab olehnya dengan tenang. Dr Amalina menjelaskan bahawa percutiannya itu di bawah Langkawi Travel Bubble untuk pelancong antrabangsa. Sebenarnya, para pelancong diminta untuk menjalani kuarantin di Langkawi terlebih dahulu sebelum pergi ke negeri lain di dalam Malaysia. Sumber: Instagram Dr. Amalina Kata Dr Amalina, dia dan suami perlu kuarantin di Langkawi selama 7 hari. Di sana, dia dan suaminya boleh keluar dari hotel bersama pemandu pelancong untuk melakukan aktiviti dan melawat tempat-tempat pelancongan di kawasan sekitar hotel tersebut. Sebagai langkah berjaga-jaga, Dr Amalina dan suaminya juga perlu melakukan ujian COVID setiap hari, dan jika ujian PCR negatif pada hari ke-7, barulah mereka boleh melancong ke negeri lain sekaligus berjumpa dengan keluarga Dr Amalina. -CARI |
zeitabaei: Mmg X perlu kuarantin ke si am ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.339208 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.