Penyanyi popular Malaysia, Anuar Zain bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-52 pada Februari ini berkata dirinya masih lagi memikirkan soal jodoh. Katanya, sudah menjadi satu fitrah seorang manusia untuk mencintai dan dicintai dan jika sampai masanya untuk bercinta dan berumahtangga, dia pasti akan terima dengan hati terbuka. Jelas penyanyi lagu Lelaki Ini ini, dia sentiasa berbaik sangka dan berdoa kerana soal jodoh itu adalah rahsia Allah S.W.T.
Sumber: Instagram Anuar Zain Anuar mengaku dirinya masih lagi memikirkan soal jodoh walaupun umurnya hampir 52 tahun kerana dia percaya institusi perkahwinan kerana itu adalah sunnah. Anuar bercerita bahawa dia pernah dilamar oleh peminatnya sendiri malah ibu bapanya juga pernah berhasrat untuk menjodohkan dirinya dengan anak-anak kenalan mereka. Anuar juga berkata dia lebih mementingkan karakter seseorang berbanding rupa parasnya. Dalam pada itu, dia juga percaya pada qada dan qadar Allah serta reda sekiranya telah ditakdirkan untuk terus hidup bujang buat selamanya. “Saya terima apa sahaja ketentuan Allah dengan hati terbuka. Kalau ada jodoh, saya akan terima. Tapi seadainya tiada jodoh di dunia, mungkin jodoh saya di syurga.” ujarnya kepada Berita Harian. -CARI
|
uori replied at 31-1-2022 08:35 PM
apakah? kenapa iols tak nampak apa-apa? adakah hijab iols tertutup? atau mungkin juga berada di syur ...
bedahmenjuyah replied at 31-1-2022 10:28 PM
Chuols not alone hokeh
AnnaSendin replied at 31-1-2022 10:38 PM
Maibi bang nuarjen bakalan dijodohkan dengan iols di sorga? Ittuew pon kalau iols masuk sorga.
sayangselasih replied at 31-1-2022 10:50 PM
hahahah otomatik i tersengih baca komen uols.. “ittew pun kalau iols masuk sorga”
ADVERTISEMENT