Niat asal mahu lebih 260,000 pengikut di Twitter membuat suntingan pada gambarnya, Bangman tidak menyangka selepas itu berlaku ada kekecohan gara-gara sekeping fotonya yang telah disunting. Gambar tersebut menunjukkan risiko obesiti yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti strok, serangan jantung, diabetes dan banyak lagi, di mana imej Bangman diletakkan di tengah-tengah. Petikan dari Mstar, ada yang memberi komen seperti, "tak lawak, body shaming orang," "Padam je lah, tak kelakar," demikian antara komen-komen netizen yang mengkritik suntingan foto berkenaan yang dianggap tidak sensitif dan boleh buat orang rasa kecil hati. Difahamkan, ini bukan kali pertama dia meminta para pengikutnya untuk menyunting gambarnya termasuk versi filter untuk tujuan hiburan dan jenaka di media sosial. Namun, Bangman mengakui yang dia terkejut melihat hasil foto yang telah disunting mengaitkan dirinya dengan risiko obesiti. Pada mulanya lelaki yang popular di media sosial ini berasa sentap tetapi tak lama kemudian dia sedar ianya adalah isu kecil. Bangman juga melihat itu adalah sebagai satu kesedaran mengenai risiko obesiti malahan, dia tidak berkecil hati dengan suntingan gambar tersebut. Bangman juga menegaskan terdapat suntingan gambar-gambarnya yang lain yang boleh dianggap keterlaluan, gambar beliau pernah disunting dengan warna hitam putih dan ditulis Al-Faithah seperti seseorang yang telah meninggal dunia. Baginya foto itu amat sensitif, jangan mempermainkan hal kematian, agama dan tokoh-tokoh. Dalam pada itu, Bangman melihat foto "risiko obesiti" tersebut sebagai pendorong untuk dirinya mengurangkan berat badan. Bangman yang berketinggian 185 sentimenter ini berhasrat untuk mengurangkan berat badan kerana dirinya bakal bergelar suami menjelang pertengahan tahun ini. -CARI
|
kotakominami replied at 2-2-2022 04:58 PM
Ini hakikat....bukan body shaming lagi...kalau dah makan tak hingat nanti kau sakit diabetis, jantun ...
ADVERTISEMENT