|
Seorang lelaki dilaporkan menguji tahap kesukaannya terhadap daging dengan memakan hidangan daging mentah setiap hari, lelaki karnivor itu setakat ini berjaya memakan makanan mentah kesukaannya itu selama 78 hari termasuk dada ayam, stik, ikan todak dan sebagainya, dia juga tidak ada tanda mengalami sebarang keracunan makanan yang teruk. Petikan dari Kosmo, usahanya dimuat naik ke akaun Instagram bernama @rawmeatexperiment dan lelaki itu turut berkongsi diet hariannya dengan peminat. Lelaki tersebut akan menyaluti makanannya dengan telur mentah atau susu haiwan sebelum memakannya. Menerusi satu hantaran terawalnya, lelaki yang tidak disebutkan namanya dan tinggal di Amerika Syarikat (AS) di dilithat mengigit daging stiknya sementara disaksikan oleh anjingnya yang lapar. Lelaki itu bahkan pernah memakan hati lembu dan susu unta yang mentah. Dalam satu hantaran di Instagram, dia menceritakan bahawa pernah mengalami masalah kesihatan setelah mengamalkan diet berasaskan tumbuhan lalu beralih kepada daging. -CARI |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.241658 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.