Syukur Alhamdulillah! Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti terkenal Noor Neelofa dan Haris Ismail yang selamat menyambut kelahiran cahaya mata sulung pada 29 Januari.
Menerusi hantaran di Instastory Neelofa, anak lelaki mereka yang dilahirkan jam 3.44 petang itu dinamakan Muhammad Bilal Bin Muhammad Haris. “Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.
“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata. “Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” ujar Haris menerusi satu kenyataan yang dihantar dipetik dari GEMPAK. Pasangan itu bagaimanapun memohon maaf kerana mereka tidak akan berkonsi sebarang foto Muhammad Bilal buat masa ini. Ikut muka siapalah Bilal ni agaknya ya? Tak sabar nak tengok cara dia dibesarkan PU Riz dan Lofa. - CARI
|
codenamedream replied at 31-1-2022 11:01 AM
Tahniah Abi Jah & Ummi Riz
Moga Muhammad Bilal jadi penyeri hidup kalian.
dudaberhias replied at 31-1-2022 11:04 AM
Congrsts jahloppp, tak sabar nak tengok baby mix arob
tulip-rain replied at 31-1-2022 11:10 AM
Ya Allah Alhamdulillah. Semuanya selamat.
Tahniah lofa dan riz.
Rehat ye lofa. Jaga kesihatan diri ...
ADVERTISEMENT