Ramai pengguna Twitter meluahkan kemarahan terhadap seorang lelaki lembut yang memaki hamun juruwang bahagian pandu lalu sebuah restoran makanan segera.
Menerusi video yang dikongsikan, lelaki itu mula marah-marah apabila juruwang berkenaan mengulang kuantiti pesanan ayam gorengnya. Tidak menunggu juruwang itu habis mencatat pesanannya, lelaki terbabit terus menggerakkan kenderaannya ke kaunter bayaran sambil mengomel. Malah, dia dilihat menghulurkan wang dengan kasar sebelum 'merampas' baki yang dihulur juruwang terbabit.
Selain membuat mimik menyakitkan hati, lelaki lembut itu turut menempelak apabila juruwang berkenaan meminta maaf kepadanya. Perkongsian video itu menerima pelbagai reaksi daripada pelayar Twitter lain. Yang pasti, ramai tidak berpuas hati dengan sikap ditunjukkan 'pondan' berkenaan. Berikutan kejadian, orang ramai mula menggali semua media sosial milik lelaki terbabit, namun semuanya kini ditetapkan dalam mod private. Mungkin menyedari dirinya menjadi perhatian dan dihujani kecaman, dia mendakwa dirinya didiagnos menghidap gangguan depresi. Malah, difahamkan dia kemudian memuat naik satu lagi video menjelaskan tindakannya itu bertujuan untuk pihak restoran berkenaan memperbaiki mutu servis mereka. Adakah kata-kata keramat 'customer is always right' masih relevan di masa kini apabila sikap toleransi dalam masyarakat semakin luntur? - CARI
|
chandrahusin replied at 31-1-2022 12:23 PM
"ni org gila punya kerja
sekarang ramai org gila"
- Samy Vellu
chandrahusin replied at 31-1-2022 12:23 PM
"ni org gila punya kerja
sekarang ramai org gila"
- Samy Vellu
ADVERTISEMENT