Mengikut data terkini yang dikongsikan oleh Sortlist ia memperlihatkan secara purata pengguna di Malaysia menghabiskan masa sehingga 9 jam 18 minit sehari dalam melayari internet. Ini sekaligus menjadikan pengguna menghabiskan 141 hari setahun dalam melayari internet. Petikan dari Amanz, dari segi penggunaan media sosial pula, pengguna Malaysia menghabiskan selama 3 jam 1 minit pada media sosial, membawa kepada jumlah 48 hari dalam setahun pada media sosial. Dari segi aplikasi, Youtube dilihat menjadi aplikasi yang paling lama dihabiskan masa bagi rakyat Malaysia. Secara keseluruhan, pengguna Malaysia dikedudukan tangga ke-6 dari 10 negara teratas dalam menghabiskan masa paling lama didalam internet. Negara yang mendapat tempat pertama adalah Filipina dengan 10 jam 56 minit sehari, Brazil ditempat kedua dengan 10 jam 8 minit sehari dan Colombia di tempat ketiga dengan 10 jam 7 minit sehari dalam melayari internet. -CARI |
ADVERTISEMENT