Kecoh seketika di media sosial apabila beberapa pelanggan sebuah bank di Malaysia mendakwa baki wang simpanan mereka menjadi negatif atau "lesap" sepenuhnya, ianya menjadi lebih sukar apabila mereka tidak dapat membuat transaksi serta wang simpanan gagal dikeluarkan menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM). Petikan dari BeautifulNara, beberapa pengguna media sosial ada berkongsi tangkap layar perbankan dalam talian yang menunjukkan penyata akaun yang mengalami masalah. Menurut perkongsian dari netizen, terdapat pengguna beranggapan bahawa masalah tersebut susulan kes Genting Hong Kong yang kini menghadapi masalah kewangan.
Terdahulu, ada laporan mengatakan beberapa bank tempatan dijangka menerima kesan besar kerana mereka dalah pemiutang tidak bercagar utama Genting Hong Kong dengan jumlah pinjaman sebanyak RM2.51 billion. Selain itu juga, ada pengguna meluahkan rasa kecewa apabila pihak bank tersebut gagal dihubungi bagi mendapatkan penerangan mengenai masalah yang timbul kepada pengguna bank CIMB. -CARI |
Thunderclouds: Ooooooo...ni yg kecoh td ehh. ...
ADVERTISEMENT