Tahun lalu, viral di media sosial mengenai kisah pendedahan seorang usahawan terkenal yang dikenali sebagai Nuramirah tentang suaminya yang disebut telah menyingkirkan namanya tanpa pengetahuan daripada syarikat. Semuanya terbongkar selepas 3 tahun ketika mereka melalui kemelut rumah tangga dan dalam proses untuk berpisah.
Siapa sangka wanita cantik yang sentiasa tersenyum ini menyimpan pelbagai jenis kisah duka mengenai perkahwinannya. Selama berkahwin, Amirah meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada lelaki tersebut untuk menguruskan hal perniagaan sementara dia menumpukan perhatian sepenuhnya kepada anak-anak yang ketika itu masih kecil. Namun menurut Amirah, dia sama sekali tidak menyangka akan dikhianati oleh pasangannya yang dia telah letakkan kepercayaan 100 peratus. Ternyata, dia telah telah ditipu hidup-hidup. Lebih merumitkan lagi, si suami pula seperti sengaja melambatkan lagi proses penceraian serta enggan bekerjasama untuk melepaskannya. Seperti semua isteri yang sedang berada dalam proses penceraian, mereka takut digelar gila harta tetapi Amirah cuma mempersoalkan haknya sepanjang menjadi seorang isteri yang telah membantu pasangan sejak dari kosong.
|
-Suri-: Alhamdulillah. Happy for her. ...
ADVERTISEMENT