|
Sumber: Tiktok asmeimay2 Apabila bercakap mengenai soal jodoh, kita semua sedia maklum bahawa Allah sentiasa mempunyai perancangan paling sempurna untuk kita yang kadangkala langsung tidak dijangka. Kadang-kala kita tak sangka akan berkahwin dengan orang terdekat sahaja. Tetapi bagi pasangan di bawah, nampaknya takdir hidup mereka cukup unik sekali sebab tidak pernah lagi kita mendengar tentang kisah ini.
Waktu lahirnya si lelaki ialah pada jam 7:54 malam dan uniknya waktu lahir si perempuan ialah pada jam 8:27 malam. Hanya selang 32 minit! Melalui video TikTok yang dikongsikan oleh asmeimay2, dia langsung tidak menyangka bahawa tunangnya mempunyai tarikh lahir sama dengannya. Situasi ini diibaratkan seperti mereka berdua jodoh daripada lahir. Lebih mengejutkan lagi kerana kerana tempat kelahiran mereka berdua juga sama iaitu di Hospital Kuala Lumpur. Sejak dimuat naik oleh Asmeimay, ia telah ditonton sebanyak 600 ribu orang pengguna Tiktok. Sumber: Tiktok asmeimay2 Rata-rata netizen juga nampaknya terkejut dengan kisah mereka berdua. Ada juga yang bergurau dengan mengatakan ibu mereka berdua telah merancang hal ini sejak mereka kecil. Semoga jodoh mereka berdua berkekalan sehingga ke jinjang pelamin! -CARI |
gideoncross replied at 28-1-2022 05:07 PM
Heh, mluat, ckp je lah happy dpt khwin muda. Umur 23 dh ada jodoh, hakpuih.
jazaa100 replied at 28-1-2022 06:26 PM
Dia baru bertunang.....
Dah gempar satu donia.....
Artemesiaa replied at 28-1-2022 06:10 PM
Zaman sekarang benda macam ni pun gigih nak ceritakan
vee_zara replied at 28-1-2022 05:44 PM
Entah hape2..
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.194150 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.