Baru-baru ini, satu perkongsian diceritakan oleh seorang Peguam Syarie yang dikenali sebagai Suriati Ghani di Facebook telah menjadi bualan ramai netizen. Menerusi status tersebut, Suriati menceritakan tentang seorang client yang kini berada di dalam tekanan dan dilema apabila bekas suaminya meminta untuk berjumpa dengan anak selepas bertahun-tahun mengabaikan anaknya itu. Menurut peguam tersebut, kisah client itu bermula apabila wanita itu membuat tuntutan nafkah anaknya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) terhadap bekas suaminya, tetapi sepanjang proses perbicaraan, bekas suaminya tidak pernah hadir ke mahkamah.
Suriati memang mengikuti perkembangan anak istimewa itu sejak dari ibu dan ayahnya bercerai, dan sejujurnya, satu sen pun tak pernah diberikan, datang tengok anak pun tidak. Tambah Suriati, anak guamannya itu telah bersusah payah menjaga dan menanggung nafkah anaknya yang OKU seorang diri bertahun-tahun lamanya dan sangat-sangat memerlukan perbelanjaan yang lebih segi perubatan. Kelmarin, anak guaman saya telah WhatsApp saya untuk maklumkan bahawa bekas suaminya sakit dan berhasrat nak jumpa dengan anaknya yang diabaikan bertahun-tahun lalu. Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen telah memberikan menyifatkan situasi tersebut sebagai satu balasan ke atas tindakan lelaki tersebut akibat mengabaikan hak dan nafkah anaknya. Seorang bapa haruslah bertanggungjawab memberi nafkah kepada anaknya walaupun sudah berpisah. Sedarlah dan jangan abaikan tanggungjawab bila masih sihat lagi.
|
jazaa100: Bagi je lah ayah dia tgok..... ...
sarahmirza replied at 3-2-2022 03:09 PM
Hr tu jumpa kawan sekolah..single mom anak dh umur 18 tahun.
Dia cerai masa anak umur 12 tahun, 2 ...
Eva_yy_Ellin replied at 9-2-2022 09:35 AM
I like
Bagus mak buat macam tu.
ADVERTISEMENT