Setiap wanita hamil, pasti akan melalui fasa mengidam untuk menikmati pelbagai jenis makanan atau melakukan aktiviti tertentu.
Fasa tersebut turut dirasai selebriti terkenal, Neelofa yang mendedahkan pernah mengidam nasi lemak hampir setiap hari pada awal kehamilannya. “Pada mulanya saya tak tahu inikah rasa mengandung? Sangat mencabar sebab badan kita berubah ditambah pula dengan ‘morning sickness’ pada trimester pertama. “Pada awalnya, saya ingatkan tidak akan mengidam tetapi selepas memasuki fasa ketiga kehamilan baru sedar saya mengidam nasi lemak hampir setiap hari,” katanya dalam siaran langsung Instagram bersama penyanyi, Ernie Zakri malam tadi. Kongsi isteri kepada pendakwah terkenal, Haris Ismail itu, nasi lemak menjadi antara makanan wajibnya setiap pagi ketika fasa pertama dan kedua kehamilannya. Namun, keinginannya untuk menikmati makanan popular rakyat Malaysia itu hilang sebaik sahaja kandungannya memasuki fasa ketiga. “Pada fasa pertama dan kedua, nasi lemak memang kena ada setiap hari. “Setiap kali bangun pagi mesti akan mula mencari kedai dalam talian yang menjual nasi lemak tetapi selepas masuk fasa ketiga, tiada langsung keinginan untuk menjamahnya,” kongsinya.
|
naina replied at 28-1-2022 10:50 AM
Patut naik 18kg
Nasi lemak hari2
Iols pun kdg2 teringin nasi lemak daun pisang
likilu replied at 28-1-2022 12:45 PM
kesian dari dulu cuba potray life ala princess, semua orang sayang love love n serve chaffeur dia me ...
likilu replied at 28-1-2022 12:45 PM
kesian dari dulu cuba potray life ala princess, semua orang sayang love love n serve chaffeur dia me ...
ADVERTISEMENT