Diugut dan diancam bunuh oleh individu tidak dikenali dalam laman sosial, pelakon yang juga pempengaruh media sosial, Aisar Khaled bertindak membuat laporan polis demi keselamatan nyawanya.
Kata Aisar, dia nekad membuat laporan polis semalam ekoran tidak tahan dengan ancaman dan ugutan bunuh yang diterimanya daripada seorang lelaki tidak dikenali dalam Instagram. “Terlalu banyak kes ugut dan sebagainya sejak kebelakangan ini. Saya sendiri pun tak kenal siapa individu di sebalik topeng tersebut. “Jadi untuk tidak mahu kusutkan kepala dan ganggu emosi selain demi keselamatan diri dan keluarga, saya terus buat laporan polis semalam. Biar pihak terbabit yang siasat dan selesaikan,” katanya kepada Kosmo! Online.
Menerusi hantaran dalam Instagram, Aisar, 22, turut berpesan kepada semua agar segera membuat laporan polis jika menerima nasib sepertinya. “Kalau selalu dapat mesej yang mengganggu emosi kita, terus sahaja buat laporan polis atas keselamatan anda.
|
3chanceno replied at 27-1-2022 04:27 PM
Siap bergambar dgn polis untuk konfirmkan yg dia dah pi balai polis....ada jugak idea untuk buat con ...
fadz84 replied at 27-1-2022 05:04 PM
Hidup demi content YouTube.. agaknya dh kawin nnti kisah dlm selimut pun x malu share kot org kot. ...
dudaberhias replied at 27-1-2022 04:16 PM
Padan muka, cashhhh sangat... Semoga lelaki bertopeng tu di lindung dan berjaya melaksanakan misinya ...
ADVERTISEMENT