CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lama Tak Nampak Betty Benafee

27-1-2022 02:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2205| Komen: 6

Betty Banafee tidak menafikan di dalam menjalinkan sesebuah persahabatan, kita akan dapat belajar sesuatu mengenainya.

Malah menurut Betty, teman yang ada di sekeliling pasti ada yang tidak sempurna.


Foto: IG

“Bila berkawan dengan ramai kawan ini… Baru kita sedar. Bukan semua kawan kita hidup sempurna. Mungkin dia banyak duit, tapi ada broken famili.

“Ada yang tak berduit, tapi ada keluarga yang bahagia.Dari kawan itulah kita belajar sesuatu.

“Nak cakap tentang kecewa dan terasa hati dengan kawan-kawan. Sampai bila-bila tak kan habis. Namun disebabkan nak hubungan itu kekal panjang, kena ‘fake’kan semuanya.




“Fake smile… Fake feelings… dan fake emotions. Kerana sayangkan kawan-kawan. Jangan kerana kita lihat kawan kita sering ketawa, tidak bererti dia tidak boleh terluka.

“Kita sama-sama manusia. Ada hati dan perasaan. Jadi, jangan kita perlakukan kawan kita itu sesuka hati,” tulisnya lagi dalam satu hantaran di Instagram.


Foto: IG

Selain itu, pelakon berusia 42 tahun ini menasihati semua untuk menghargai sahabat yang saat susah dan senang.

“Kawan ketawa memang ramai. Kawan menangis sukar dicari. Tapi mereka mungkin tiada dengan kita di saat susah. Namun siapa tahu, dalam diam mereka tetap mendoakan kita.


Foto: IG


“Jadi jangan kita berburuk sangka pada kawan-kawan. Suatu masa nanti… Satu demi satu kawan akan meninggalkan kita. Masing-masing dengan tujuan yang berbeza.

“Mungkin antara kita juga ada yang telah terpisah buat selama-lamanya. Yang tinggal cuma kenangan dan nama,” tulisnya lagi menerusi entri berkenaan. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 28-1-2022 04:10 PM
Ms dia ni baru peknen dulu kemain nk acah2 nk rahsiakan  gender baby
Ko sapa je pompuan????  Acah2 terpaling femes mcm ziana zain ke ms tu??
Pastu kalo baca urtv psl dia ni, x abih2 dia hilite dia kacukan jawa arab
Apa yg best ntah kacuk dna Ereb jahiliah tu
Quote Coklatpanas 3-2-2022 11:54 PM
Nampak tua dah betty now
Quote cokelatrawkz 4-2-2022 01:49 AM
seriously 42?  aku yg kertu dari dia pun nampak muda lagi
Quote Afifi82 4-2-2022 03:11 AM
Dulu, iols selalu kompius Betty dgn Zahida . Mcm sama je.. Huhuhu.
Quote bintangct 4-2-2022 07:44 AM
cokelatrawkz replied at 4-2-2022 01:49 AM
seriously 42?  aku yg kertu dari dia pun nampak muda lagi

bukan 42 rasanya.. dia maybe 44 or 45 dah
apo la wartawan ni
Quote selipar_hijau 4-2-2022 08:38 AM
dia dgn zahid rafik bersaudara ke, muka nak iras sama

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.056462 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top