|
Sumber: Tiktok therealasyalips Selalunya orang melakukan ubah suai pada bilik atau rumah masing-masing. Namun pilihan seorang pelajar ini untuk merias bilik asramanya membuatkan ramai terkedu dan kagum kerana ia tampak begitu menarik dan mewah. Pelajar yang dikenali sebagai Mohamad Alif Asyraf Roslan berkata, dia mula menghias biliknya di kolej kediaman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Bandaraya Melaka sejak pertengahan tahun 2021.
Pelajar berusia 20 tahun itu memuat naik siri video ubah suai biliknya di akaun Tiktoknya therealasyalips dan tidak menyangka ia menjadi viral. Kata Alif Asyraf, hobinya memang suka merias, dan secara kebetulan dia menginap seorang di bilik yang boleh memuatkan dua orang pelajar kerana masih ramai pelajar yang mengikuti kelas secara maya pada waktu itu, jadi lebih mudah untuk Alif merias bilik itu mengikut citarasanya. Sumber: Tiktok therealasyalips Tambahnya, tiada konsep khusus yang disukainya untuk menghias bilik tersebut, namun dia mendapat inspirasi daripada bilik hotel. Dia juga memasang wallpaper dengan corak marble untuk menaikkan mood seperti berada di hotel mewah. ![]() Sumber: Tiktok therealasyalips Bukan itu sahaja, pelajar Diploma Pengajian Perniagaan itu turut melengkapkan dekorasi bilik asramanya dengan kemudahan untuk mengulangkaji dan pantri. Dia juga menggunakan aircond mudah alih pemberian senior. Kebanyakan bahan-bahan untuk hiasan dan barang dekorasi dibeli secara online dan kos keseluruhan yang digunakan adalah dalam RM200, di mana sebahagian bajet tersebut menggunakan inisiatif kredit e-dompet sebanyak RM150 yang diperuntukkan kepada golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar di institusi pengajian tinggi. "Saya buat dekorasi ni untuk keselesaan saya tinggal di hostel dan menaikkan semangat untuk say mengulangkaji pelajaran.", ujar Alif ketika ditemu bual oleh Mstar. -CARI |

TabletSusu replied at 27-1-2022 05:19 PM
aku klu pompuan tido sekatil aku x brp kisah wlupon sorg ayu sorg pengkid. tp klu lelaki ni aku mcm ...






ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.154577 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.