Nampaknya banyak pihak bersuara tentang isu Datuk Seri Vida yang melabelkan penyanyi Anuar Zain sebagai gay. Terbaru Dato' Fazley Yaakob pula membuat teguran 'pedas' tentang keceluparan Vida yang bersikap biadab itu.
"Kaya dan popular tidak menjamin adab dan tahap intelektual seseorang kan," katanya dalam Instagram.
Fazley menyatakan kehidupan Vida yang kaya, hidup mewah serta popular telah menyebabkan usahawan kosmetik itu lupa diri hingga tergamak merosakkan imej seseorang. "Sebahagian dari kita pula diduga dengan kekayaan, kemewahan dan populariti namun mereka lupa diri dan semudah itu mencari salah orang lain dan melabel orang lain dengan kata-kata yang boleh merosakkan imej seseorang." Tambah Fazley, adakah usahawan seperti Vida layak dijadikan contoh untuk anak-anak muda yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan? "Kasihan insan yang gemar mencari publisiti secara kurang ilmiah dan seperti tiada adab semata-mata untuk mencari rezeki." tegurnya lagi.
Fazley mengakhiri luahannya apabila dia sudah hilang rasa hormat pada Vida yang semakin buang tabiat dengan sikapnya yang kurang sopan. Kenapa agaknya kebelakangan ini Vida suka mencetuskan kontroversi dan memalukan diri sendiri? Produk tidak laku ke? Atau sebenarnya Vida kurang perhatian dan kasih sayang? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|