Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang sebelum ini menafikan membuat tuduhan terhadap penyanyi terkenal, Anuar Zain sebagai lelaki songsang akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Menerusi video pendek yang dimuat naik di Instagram, Vida memohon maaf atas kesilapannya yang telah mengguris hati ramai pihak terutamanya Anuar Zain dan keluarga.
"Saya tidak bermaksud, saya tidak berniat... Mungkin terlepas cakap atau gurauan tanpa sengaja. Saya tak dapat ingat apa yang saya katakan kerana video itu sudah lama, sekarang baru muncul kembali.
"Hakikatnya, saya sangat meminati Anuar Zain tetapi apabila terjadi kekecohan seperti ini apa lagi yang boleh saya lakukan. Saya mohon maaf banyak-banyak," katanya.
Terdahulu, tular video Vida yang menggelar penyanyi itu 'gay' sebagai maklum balas terhadap warga maya yang mencadangkan agar cuba memikat Anuar.
Tidak puas hati, Ziana Zain yang juga kakak kepada Anuar tampil meluahkan kekesalan atas tuduhan berkenaan.
Anak saudara kepada penyanyi itu, Ernie Zakri juga memberikan ingatan agar sentiasa berhati-hati dalam percakapan. Walaupun Ernie tidak menyebut nama sesiapa namun warga maya tahu ia ditujukan kepada Vida. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Bibir dia memang tebal sejak dari lahir ke?
Nak jumpa AZ, ada projek besar....ha ha ha...projek apa la agaknya tu ye.....jual budu?
Nasib kau la vida ooiiii...sedap2 ngata orang, pastu muncul minta maaf secara terbuka...orang tu dah terkesan dgn tuduhan kau...mujur AZ tak ambik tindakan undang2...kalau tak masak kau bida ooiii.
And to AZ, janganla jumpa oran* gini...she is an opportunist...mana tau malu pompuan camni..
kesiannya abang nuar kena carut dgn si vida ni...padahal dia lah yg paling cool...
masa PC baru2 ini mulut tak lepas sebut nama Allah mcm Aliff jugak..
dia ingt semua hati org mcm hati dia ke yang kebal bila kena tuduh/kecam?.. tak semua org sama la janda kertu, dah la Anuar zain tu jenis cool/relax kau boleh plak nak cakap mcm tu ! cuba kau,tak buat salah tiber org petik nama kau.. ape kau rasa? fitnah kan