|
Seorang wanita yang dikenali sebagai desyr.review di laman TikTok telah membuat pendedahan mengenai rakannya yang dikatakan membasuh coli atau bra setahun sekali. Hal ini telah mengejutkan ramai netizen. Rata-rata netizen dilihat terus mengecam tindakan rakan wanita berkenaan yang disifatkan sebagai pengotor dan perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku kerana kita perlu menjaga kebersihan diri kita.
Menerusi video yang berdurasi selama 28 saat tersebut, wanita ini menceritakan rakannya mengaku hanya membasuh bra hanya setahun sekali dan pendedahan tersebut membuatkan dia terkedu. Sumber: Google Image Melihat ke ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa geli dan menjelaskan aspek kebersihan sepatutnya diutamakan. Agama juga tidak mengajar kita untuk sentiasa menjaga kebersihan. Ujar Ketua Pegawai Eksekutif Laundryheap, Deyan Dimitrov melalaui laporan dari Daily Mail, pemakai coli perlu membasuhnya selepas dipakai dua atau tiga kali. Sumber: Tiktok desyr.review Memakai bra yang tidak dibasuh lebih lama akan mengumpulkan bakteria dan kesan peluh yang menyebabkan coli anda menjadi berbau, malah boleh menyebabkan jerawat pada badan kita. -CARI
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.068089 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.