Phuket – Seorang wanita Jepun dilaporkan membayar lebih 300,000 baht (RM38,172) untuk memasang papan-papan iklan di bandar Phuket bagi mencari dua kucingnya yang hilang sejak November tahun lalu, lapor laman berita Thaiger.
Menurut wanita yang ingin digelar Kim itu, sesiapa yang menemukan dua kucingnya akan diberi ganjaran sebanyak 30,000 baht (RM3,817) setiap seekor. Pekerja wanita itu yang berasal dari Thailand, May berkongsi kepada wartawan bahawa majikannya mengimport empat kucing dari Jepun ke Thailand. Pada suatu hari, penghantar barang terlupa menutup pintu sangkar lalu menyebabkan dua kucing terlepas.
Seekor kucing jantan berusia lima tahun bernama Goma dan seekor lagi kucing betina berusia enam tahun bernama Tama. Kim dikatakan mempunyai hubungan rapat dan selalu menangis sejak kehilangan dua kucing tersebut. – CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT