CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gara-Gara Penggambaran Ketika PKP, Sabri Yunus Bawa Empat Watak Dalam Satu Drama

27-1-2022 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1533| Komen: 2

Memainkan empat watak dalam drama terbaharunya berjudul 4 Abdul 1 Mohd, pengarah Sabri Yunus mengakui berdepan cabaran sepanjang proses penggambaran.

Selain watak, Sabri atau Mohd Sabri Yunus, 60 berkata, kekangan masa ketika tempoh pandemik Covid-19 juga menjadi ujian untuk dia menyelesaikan karya itu dengan berkualiti.


Foto: mStar Online

"Bukan sekadar kesukaran dalam proses untuk membikin tetapi juga dengan kekangan masa yang ada.

"Untuk buat sebuah drama dan bukannya filem, kita tiada pilihan. Kena kejar masa dan itulah cabaran. Memegang watak tidaklah cabaran sangat.


Sabri seronok dapat membawa empat watak dalam sebuah drama. Sabri bawa empat watak berbeza dalam drama 4 Abdul 1 Mohd.

"Nak mengangkat naskhah dalam masa yang terhad, itu lebih mencabar. Memegang watak itu seronok kerana mencabar diri.

"Watak berbeza dengan dialek yang lain, saya seronok," kata Sabri kepada mStar.


Foto: mStar Online


Drama yang mempunyai 12 episod itu ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 11 malam di saluran Astro Ria.

Selain Sabri, antara barisan pelakon lain termasuklah Asrul Faizal, PU Azman, Brian Chan, Azizul Ammat, Angeline Tan, Saidi Sabri dan Issey Fazlisham.

Berkongsi lebih lanjut mengenai empat watak yang dibawanya, Sabri memberitahu dia tidak mempunyai masalah untuk mengawal lakonan yang berbeza.

"Saya rasa, saya tidak mempunyai sebarang resepi untuk ‘switch on dan off’ empat watak. Ini kerana saya rasa kita sendiri ada batas dan mengawal lakonan.

"Kalau faham tentang batas dan pengawalan, tiada akan ada masalah. Dalam drama 4 Abdul 1 Mohd, ada seorang Sabri Yunus yang mengawal semuanya," ujarnya.

Selain mencabar diri, Sabri turut memberitahu dia terpaksa membawa empat watak sekaligus kerana memikirkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ketika Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

"Ada dua sebab kenapa saya membawakan empat watak sekaligus. Yang pertama, saya mencabar diri sebagai spiritual dengan membawakan empat watak.

"Yang kedua dan secara fizikal ialah kerana kami menjalani penggambaran sewaktu PKP. Saya harus jaga SOP dan fikir bagaimana nak selesaikan masalah ini.

"Dengan syarat-syarat tidak boleh ramai pelakon dan sebagainya, solusinya adalah saya bawa empat watak dan saya terus boleh kurangkan masalah itu," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 27-1-2022 01:04 PM
The living legend
Quote AnnaSendin 28-1-2022 07:54 PM
Heols lawak yach dalam pi mai pi mai tang tu walaupon as guest star. Heols yang banyak hidupkan sitkom ittuew. Dan zaman now pon lawak2 heols masih relevan.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.041835 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top