CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tengah Minta Sedekah, Gadis Terkejut Wajah Pengemis Macam Artis K-Pop!

27-1-2022 10:56 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1973| Komen: 6|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok cha lacsamana


Kita selalu ternampak kebanyakan pengemis terlihat begitu compang-camping. Jangan kata mandi, tetapi berfikir mahu mencari sedikit wang untuk menggalas perut setiap hari pun sudah cukup melelahkan buat mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 

Oleh itu, jika kita terjumpa atau didekati 'golongan' ini, sepatutnya kita tidak wajar memandang rendah kepada mereka kerana mereka mempunyai seribu satu kisah yang tersendiri mengapa kehidupan mereka boleh berubah menjadi sebegitu.



Namun siapa sangka seorang pemuda itu tiba-tiba telah meraih populariti apabila rakamannya menjadi viral di TikTok dengan 15.6 juta tontonan selepas di muat naik oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai cha lacsamana

Pada mulanya, pemuda itu telah mendekati pintu sebuah spa kecantikan dan mengharapkan derma dari pelanggan di situ. Tiba-tiba dia menurunkan pelitup muka sekali gus membuatkan semua orang di spa itu terkejut besar setelah melihat wajah sebenarnya.

Sumber: Google Image

Meskipun penampilan luarannya agak comot dan kotor, namun mukanya yang agak kacak seakan-akan artis K-Pop yang bernama Bambam itu membuatkan pelanggan dan pekerja dalam spa itu menjadi tidak keruan. 


Sebelum dia berlalu pergi, pemuda sopan itu siap memberikan senyuman manis sebagai tanda terima kasih setelah diberikan sedikit wang. 

Terkejut dan terpesona, itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan netizen selepas melihat video pengemis kacak tersebut di Tiktok. 


Sumber: Tiktok cha lacsamana


Selain memuji wajahnya yang kacak, ramai yang tampil memberikan komen berharap ada pihak yang boleh membantunya mengubah penampilan seterusnya berusaha mencari kerja seperti model dan lain-lain. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 27-1-2022 02:03 PM
Biasa je mana samanya
Quote Sagun36 27-1-2022 04:57 PM
Tang mana K pop nya tu
Quote alieyrina 27-1-2022 07:56 PM
Edited by alieyrina at 27-1-2022 07:57 PM

Sebelum bgtau sapa retis tu memg nampak dah..iras bam bam ..miaahahaaaKalau make over boleh cari makan gak ni
Quote dekmieDandy 28-1-2022 09:14 AM
ooo buat yang taj tau, bam bam tu actualy orang thai

so muka dia bukanlar mcm korean, tapi mcm kpop-star from thai, bam bam
Quote nakkomenjugak 30-1-2022 10:45 PM
Kalau dah ada bam bam
Ni panggil mok mok lerrrr
Quote gideoncross 31-1-2022 03:57 PM
dekmieDandy replied at 28-1-2022 09:14 AM
ooo buat yang taj tau, bam bam tu actualy orang thai

so muka dia bukanlar mcm korean, tapi mcm kpop ...

Ha'ah, mmg org Thailand pun c BamBam tu, ktanya bestfriend dgn BP's Lisa.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.190472 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top