|
Skim Rumah Pertamaku (SRP) merupakan satu inisiatif pemilikan rumah yang diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh kerajaan untuk membantu pembeli membeli rumah pertama mereka, skim ini juga membolehkan pembeli rumah pertama mendapatkan pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat. Mereka boleh memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan dan syarat utama untuk memohon adalah pendapatan kasar isi rumah adalah sehingga RM5,000 (B40 sahaja) untuk pemohon tunggal dan RM10,000 untuk pemohon bersama. Menurut Odisi, ada posting tular di media sosial Facebook bernama Mohd Khairul Mk bercerita mengenai penyelewengan skim ini yang mencetuskan kemarahan netizen. Menurutnya, ada seseorang memberitahu isterinya untuk beli rumah dengan harga RM200,000, ianya murah katanya dan terus beritahu isteri untuk buat perjumpaan dan berkenalan dengan ejen tersebut.
Loading FB Post... Khairul mendapat tahu itu adalah rumah di bawah SRP dan jika mereka berminat dan dan isterinya kena buat tempahan atas nama orang lain di mana peguam yang menguruskan pembelian itu akan selesaikan dan tukar nama dalam sistem sebelum "sign" S&P. Jadi, Khairul beritahu isterinya untuk menolak tawaran rumah tersebut kerana itu adalah rumah untuk orang yang dalam kemampuan tersebut dan jika beli juga, ibarat menganiaya orang yang mahu membeli rumah itu sedangkan mereka lebih daripada mampu. Pada mulanya Khairul ingat rumah itu tidak ada orang beli kerana rumah berlebihan seperti rumah PR1MA yang bila tak habis jual dan mereka jual kepada semua orang.
Perkara penting untuk rakyat tahu yang seperti ini pun boleh dimanipulasi sedangkan rumah ini adalah keperluan, dia percaya ini adalah ujian Tuhan untuk tengok sama ada dia tamak ataupun tidak. -CARI |
musangbodoh replied at 26-1-2022 04:18 PM
ramai org kaya buat camni...bkn bende baru...
musangbodoh replied at 26-1-2022 04:18 PM
ramai org kaya buat camni...bkn bende baru...

dua_chzy replied at 26-1-2022 04:47 PM
Ada porumer ngaku ada beberapa biji rumah pprt dulu walaupun dia tu bukannya layak pun nak miliki ...
prizadane replied at 26-1-2022 04:49 PM
ada je kawan aku perangai ambil hak orang lain ni. contoh, rumah selangorku. dia beli 1 rumah selang ...
mejaputih replied at 26-1-2022 05:00 PM
Hihi..pakcik nogori kan..iols ada baca juga masa tu bangga dia dpt bolot rumah2 sbgi investment. M ...


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.094279 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.