CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Muka Sama, Qasrina Karim Benci Dibandingkan Dengan Mira Filzah

26-1-2022 11:30 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 16733| Komen: 107|Original author: Oleh: Saiful

Pelakon yang sedang meningkat naik, Qasrina Karim selalu disamakan dengan wajah Mira Filzah.

Namun katanya dia tidak mahu kemunculannya dalam industri dibandingkan dengan Mira.



Foto: IG

“Sudah ramai cakap tentang perkara itu. Saya terima ia sebagai satu pujian kerana Mira seorang yang sangat berbakat dan cantik. Kami juga pernah berhubung menerusi DM di Instagram.

“Kalau boleh saya tidak suka dibandingkan, tetapi apa boleh buat? Cuma saya harap tidak timbul cerita yang negatif,” ujarnya kepada mStar.



Sementara itu Qasrina yang juga pelakon utama dalam Filem Kongsi Raya risau sekirana lakonan dikritik apabila beberapa babak dalam filem tersebut dilihat seperti bersentuhan dengan lelaki.



“Kebanyakan babak dan poster yang memperlihatkan saya bersentuhan dengan lelaki hanyalah teknik kamera.

“Dari awal terima tawaran berlakon saya sudah maklumkan tidak mahu babak bersentuhan kulit. Jadi saya cuba lakukan sebaik mungkin dengan cara berlapik.




“Tidak tahu bagaimana anggapan orang nanti selepas filem ini ditayangkan. Namun saya sudah tetapkan dalam diri supaya tidak ambil kira kecaman orang."

Qasrina juga berbesar hati dapat digandingkan dengan Harith Iskander dan Erra Fazira.



“Apabila dapat tahu senarai pelakon memang rasa gementar, tetapi Harith Iskander sangat memahami dan pelakon lain banyak memberi tunjuk ajar.

“Selain menjadi model produk tudung saya juga mahu terus kembangkan lagi kerjaya lakonan selepas ini." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MoonRise 26-1-2022 11:33 AM
Mata aku tengok macam iras wardina. Sikit la... Bila kena time posing tu
Quote asma87 26-1-2022 11:34 AM
Budak ni sweet lagi plus ada dimple. So xde nampak plain sgt cm piljah
Quote toynme 26-1-2022 11:36 AM
asma87 replied at 26-1-2022 11:34 AM
Budak ni sweet lagi plus ada dimple. So xde nampak plain sgt cm piljah

atok dia pun caucasian....dia model tudung sajork.....takde la mcm perempuan melayu yang pakai tudung elok2....
tapi bagus la muda2 dah buat duit....muka cantik
Quote tomaz 26-1-2022 11:38 AM
Luas nye dahi
Quote buapakperut 26-1-2022 11:39 AM
Takla sebasic mf, Manis sikit budak ni, iols tgk macam umi nazeera sikit
Quote orkedkecik 26-1-2022 11:41 AM
Qas ni cantik sangat,memang lain level dengan mira
Quote nawtylulu 26-1-2022 11:41 AM
Dia lg cntik rse nye dr piljah
Quote September14 26-1-2022 11:46 AM
Jadi retis jugak sheols

Aku sllu tgk muka dia jd model tudung sllu fkir dia ni klu jd pelakon pun ok sbb cantik

Nak banding dgn mira yg basic tu.. lamberttt lagik
Quote Suchi 26-1-2022 11:46 AM
Ohh kenal muka ni sbb dia model tudung Alhumaira iols plk mmg peminat shawl alhumaira.
Satu lg muka selalu dan kerap sangat jd model baju bagai yg nama Nadia Azlan Shah tu.
Iols igtkan dia masih bujang rupanya dh kawen dan ada anak.
Suka tgk badan tinggi lampai,dah ada ank pun badan dia menten je.
Muka mmg bersepah la jdi model baju dan tudung sana sini.
Quote prizadane 26-1-2022 11:46 AM
bertiang canik Qas ni compare dengan muka plain. hahaha
Quote buragazz 26-1-2022 12:02 PM
Macam hana delifrance pun ada..
Quote bankerpencen 26-1-2022 12:12 PM
Bertiang2 cantiknya pompuan ni dari si muka asas itu. Budak ni manis, muka lembut dan tak poyo macam si basic. Pls…
Quote missyL 26-1-2022 12:18 PM
Lawa lg die. Sbb tu die benci kot lol
Quote deebiz14 26-1-2022 12:25 PM
Bila masa pulak dia ckp dia benci? Caption punnnn...

Qas ni lagi manis, lagi beseri pade meols ngan lesung pipit dia. Pakai tudung pun helok terletak.
Quote Minami2013 26-1-2022 12:27 PM
Model tudung ni.. jadi pelakon dah ke
Quote deebiz14 26-1-2022 12:31 PM
Suchi replied at 26-1-2022 11:46 AM
Ohh kenal muka ni sbb dia model tudung Alhumaira iols plk mmg peminat shawl alhumaira.
Satu lg muka ...

Oh sheols da kawen ker? Penah nmpk gak sheols ngan budak kecik tapi bukan itu anak kakak dia ker since dia gelar diri dia "aunt"?
Kakak dia muka serupa cam dia jugak, dah kawen da ade anak.
Quote Incanto 26-1-2022 12:32 PM
cantik dia lagi dari miwa

dulu aku konfius dia dgn model tudung yg bnyk skandal, anak arwah Ali setan. Lupa plak nama
Quote Suchi 26-1-2022 12:38 PM
deebiz14 replied at 26-1-2022 12:31 PM
Oh sheols da kawen ker? Penah nmpk gak sheols ngan budak kecik tapi bukan itu anak kakak dia ker s ...

Dh kawen dah ada ank sorang.Suami dia penah jd pengacara mbuzz ke apatah. Rasanya penah berlakon gak sblm ni tp la ni wat keje apatah.
Iols pun secara tak sengaja jumpa ig dia.
Mmg cam sgt la muka sbb merata muka dia je sana sini kan.
Quote epullipan 26-1-2022 12:39 PM
tak sama langsung

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.045590 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top