CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kilafairy Nafi Nak Kahwin Dalam Masa Terdekat

26-1-2022 11:09 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1992| Komen: 7|Original author: tatod


Dikatakan bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat, pelakon dan penyanyi, Kilafairy bagaimanapun menegaskan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Pemilik nama sebenar, Syakila Nisa Jahangir  juga turut menafikan cincin yang dipakai di jari manis adalah tanda lamaran teman lelakinya, Sa'aid Umar Aiman.

"Hubungan kami serius tetapi saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan kononnya sudah dilamar dan bakal berkahwin dalam masa terdekat,"  katanya kepada Astro Gempak.



Kata Kila lagi, cincin yang dipakai di jari manisnya adalah pemberian suka-suka daripada teman lelakinya dan bukannya cincin tunang.

Terdahulu, Kila pernah mendedahkan dia mengenali teman lelakinya itu ketika di bangku sekolah sejak 13 tahun lalu.



Selepas memuat naik gambar bersama teman lelakinya, khabar angin kononnya bakal menamatkan zaman bujang mulai diperkatakan selepas warga maya menyedari KIla memakai cincin pada jari manisnya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fealefea 26-1-2022 01:06 PM
mcm takmo kila je kau kan
Quote KamikuP 26-1-2022 04:07 PM
Cantik pulak beliau berhijab.. dulu kemain seksi pakai baju ular sawa dah mcm Suzana Nyi Blorong
Quote nakkomenjugak 27-1-2022 12:01 AM
umur makin naikkkkk
fomfuan muda makin ramai
laki ko hensem, banyak pilihannnnn
sambar lerrr cepatttt sebelum iol caras heol
Quote cikperiukkera 27-1-2022 01:13 AM
Cantik kila pakai tudung...harap x pakai fesyen tudung yg pelik2 mcm bff sheols pre-niqobbbb dulu
Quote brunesss 27-1-2022 10:27 AM
cantikkkk.. lovv kilafairy dari dulu sampai sekarang
Quote laksmanabentan 27-1-2022 12:45 PM
bf tu kayo tak???
kalau kayo mesti da terus sambar kannn...
hihi...
Quote 3chanceno 27-1-2022 12:49 PM
Cantik kila menutup aurat dengan elok. Semuga istiqomah & bertemu jodoh yg sesuai

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.061584 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top