CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fahmi Reza Sunting Jata Negeri Pahang, "House Of Balak"

26-1-2022 08:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3645| Komen: 31

Kuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah memanggil pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza hari ini bagi membantu siasatan berhubung hantarannya di laman Facebook yang menyunting imej seakan jata negeri Pahang dengan perkataan ‘House of Balak’.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, hasil siasatan mendapati hantaran tersebut telah dimuat naik pada 3 Januari lepas.

Foto: Twitter

“Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang JSJ telah memanggil individu tersebut dan siasatan berhubung hantaran terbabit sedang dilakukan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian,” ujarnya dalam satu kenyataan.





Tegas beliau, orang ramai dinasihatkan agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform tersebut untuk menyebarkan sebarang maklumat yang boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.



Jelasnya, tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 26-1-2022 09:11 AM
rakyat x tergugat pun
subjek dlm frame x tau lah kn

Quote DARSITA 26-1-2022 09:20 AM
Nice!

PDRM tak ada kerja ke? prfhhf
Quote bulalof 26-1-2022 09:24 AM
tapi terang-terangan ada benda x kena dgn kes ni. kesal takde siasatan menyeluruh.
Quote syamzana 26-1-2022 09:27 AM
kan main fahmi ni sekaliharung dia tibai, dari balak ke saham
Quote eLiaD 26-1-2022 09:44 AM
sprm should protect the whistleblower right

RiP
Quote kotakominami 26-1-2022 10:38 AM
Boleh lah buat tshirt....cantik design dia...
Quote ezacbee 26-1-2022 10:58 AM
Lawo! dari jauh xprasan. Tengok dekat
Tapi betul pe, nape? dengki ke?
Quote RED 666 26-1-2022 10:59 AM
kebal dia ni, berapa kali kena tangkap pun asyik lepas sbb kabel kuat, kalau org lain mmg ke dalam dah
Quote JunkMail 26-1-2022 11:00 AM
Kalau tak boleh kena kutuk, jangan lah membalak.. kemain laju polis buat kerja.. yang balak banyak tersadai idok Pulok nak siasat siapa punya kerja
Quote epal_putih 26-1-2022 11:02 AM
cantik logo kekekekke
Quote kon2 26-1-2022 11:05 AM
dia ni umur brapa? mcm sama ja xde tua xde muda haha
Quote nikaido 26-1-2022 12:32 PM
RED 666 replied at 26-1-2022 10:59 AM
kebal dia ni, berapa kali kena tangkap pun asyik lepas sbb kabel kuat, kalau org lain mmg ke dalam d ...

Fahmi tak petik nama sapa2 susah nak masuk jail sb fitnah ke apa
Quote tripleid 26-1-2022 12:47 PM
print besar2 pastu tepek depan gate istana pekan
Quote Artemesiaa 26-1-2022 12:50 PM
Cantik lak logonya tu
Quote becir 26-1-2022 12:57 PM
Dengkike yg report?
Quote Rapz 26-1-2022 01:01 PM
1 je nk ckp,kreatif!

Quote watie79 26-1-2022 02:12 PM
kahkahkahkahkahkah....padan muka polis, depa pon takleh kata apa bila org  pulangkan balik paku buah keras...ini lukisan adik bukan lukisan saya
Quote KamikuP 26-1-2022 02:12 PM
Fahmi ni semua dia langgar tak kira ko politaik belah mana hatta ko payung kuning sekalipon. Salute
Quote Suchi 26-1-2022 02:57 PM
Aman2 je dia menganjing lagi dan lagi macam takde apa2 je dgn soal siasat tu hahahah

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.230177 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top