CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Asrama Warga Asing: Kerajaan DAP Tak Peduli Suara Rakyat, Cuba Hapus Penempatan Melayu?

24-1-2022 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1825| Komen: 16

Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang (Pemikir) membidas Kerajaan DAP negeri ini yang dilihat berkeras untuk meneruskan pembinaan tiga asrama warga asing di sekitar Teluk Kumbar di sini.


Pembinaan tiga asrama warga asing itu akan dilakukan di Bagan Teluk Kumbar, Bukit Belah Sungai Batu, serta Tingkat Teluk Kumbar.


Muhammad Farid (dua dari kanan) bersama pengerusi kariah masjid Teluk Kumbar menunjukkan salah satu kawasan yang akan digunakan untuk membina asrama warga asing di Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

Difahamkan, pembinaannya membabitkan tanah seluas tujuh hektar yang mampu menempatkan lebih 50,000 warga asing.


Pengerusi Pemikir, Datuk Muhamad Farid Saad berkata, kerajaan negeri dilihat mementingkan desakan pemaju berbanding rakyat selepas bantahan yang dikemukakan penduduk tempatan tidak diambil peduli.


Muhammad Farid

Jelas beliau, kedegilan kerajaan DAP itu lebih ketara apabila perkara tersebut dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas yang mewakili suara kerajaan negeri dalam sidang Dewan Undangan Negeri juga tidak membawa sebarang perubahan.

“Kerajaan negeri sepatutnya melihat kesan pembinaan asrama di Batu Maung, yang mana ia bakal mengundang pelbagai masalah kepada penduduk setempat dari segi pencemaran bunyi, pergerakan bas kilang yang mengganggu laluan trafik di kawasan perumahan selain kebanjiran warga asing di kediaman orang tempatan.

“Selain itu, tidak logik mereka mahu bina asrama di perkampungan terlibat sedangkan tiada kilang di kawasan tersebut sebaliknya kawasan perindustrian di Bayan Lepas serta Batu Kawan.

“Jadi timbul pelbagai persoalan di sini termasuk siapakah pemaju yang mempengaruhi kerajaan negeri dalam membuat keputusan pembinaan tiga asrama ini,” katanya pada sidang media di Teluk Kumbar di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Muhammad Farid turut mempersoalkan motif sebenar kerajaan negeri yang berkeras dalam pembinaan tiga asrama warga asing tersebut.


Salah satu lokasi pembinaan berhampiran kawasan projek PSR

“Manifesto kerajaan negeri adalah untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja warga asing, selain mereka mencadangkan pembangunan kilang dengan teknologi robotik jadi kenapa perlu pekerja yang ramai?

“Adakah kerajaan negeri cuba menghapuskan penempatan orang Melayu di kawasan ini?

“Sehubungan itu, seluruh penduduk Teluk Kumbar bantah pembinaan tiga asrama tersebut selain kami menggesa kerajaan negeri untuk mendengar suara rakyat berbanding memberi layanan istimewa kepada pemaju,” tegas Muhammad Farid.

Media tempatan pada 12 Oktober lalu melaporkan, penduduk Teluk Kumbar di sini membantah keras cadangan membina tiga projek bangunan asrama yang bakal menempatkan hampir 50,000 pekerja asing di kawasan itu.

Mereka yang mewakili penduduk Kampung Masjid; Kampung Paya; Sungai Batu; Kampung Matahari Naik dan Taman Perda berkumpul secara aman di persimpangan jalan Tingkat Teluk Kumbar. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 24-1-2022 06:12 PM
Dah mcm yisrail pulak dap ni
Quote Skuau 24-1-2022 06:55 PM
Edited by Skuau at 24-1-2022 07:33 PM

letak 50k warga asing kat 1 tempat....kjaan DAP boleh kawal ke tak??? Atau semudah... kalau jadi apa.. serah jer kat polis 'bertempur' dgn warga asing ni???
Quote Adrif 24-1-2022 07:35 PM
Skuau replied at 24-1-2022 06:55 PM
letak 50k manusia kat 1 tempat....kjaan DAP boleh kawal ke tak??? Atau semudah... kalau jadi apa.. s ...

itu la. gila 50k..

kat tempat lain, tak sampai 100 pun pening HR dengan perangai diorang. lagi2 kaki mabuk dengan bergaduh
rumah lama aku, dekat dengan asrama diorang. kawasan kedai tinggal, tapi rumah kedai atas tu asrama diorang.
dalam 500 je kut. tapi pernah masuk berita la diorang bergaduh, sorang mati kat situ dulu.
dan memang orang sekitar pun tak suka. rasa tak selamat, lagi2 jenis suka jeling perempuan. seram gila
dulu ada sorang ni, selalu tunggu depan rumah kami, tunggu adik perempuan aku balik sekolah. babi betul aku rasa nak parang je geng diorang ni. sebelum apa2 jadi kat adik aku. alhamdulillah selamat.

kami dah pindah, lega pala otak.
tapi kalau penempatan 50k.. tak terbayang pening nya
Quote kelapaparut 24-1-2022 07:45 PM
50rbu org tu serupe mcm buat bandar baru
Quote Decaffeinated 24-1-2022 08:45 PM
siapa dapat lesen buka mini market kat bawah tu masyuk la

Quote Skuau 24-1-2022 08:58 PM
Adrif replied at 24-1-2022 07:35 PM
itu la. gila 50k..

kat tempat lain, tak sampai 100 pun pening HR dengan perangai diorang.  ...

falsafah drng...apa hal kasi polis 'handle' lor...kita bayar cukai bayar gaji drng maa...semudah itu.
Quote PEPPERMAN 24-1-2022 09:24 PM
kena ada sistem kawalan ala penjara, ok tak?
Quote sharlenetexas 24-1-2022 09:27 PM
Warden orang mana? Sebangsa?

Quote 234126 25-1-2022 07:09 AM
Pagar kena tinggi dan berarus elektrik. Biar diorang berkampung je dlm tu. Jgn bagi campur rakyat. Kalau nak balik kg je bukak gate tu. Gila 50k dah macam bandar hoi.
Quote angelofish 25-1-2022 08:10 AM
kau pacak la gerai jual goreng gorengan kat situ+ air kelapa+ cendol.mesti laku keras.tak pon bukak kedai hnpone mesti laku
Quote bangcak 25-1-2022 08:23 AM
Skuau replied at 24-1-2022 06:55 PM
letak 50k warga asing kat 1 tempat....kjaan DAP boleh kawal ke tak??? Atau semudah... kalau jadi apa ...

sib baik ada pemikir.

nak harap geng2 ketuatnan
(bersatu-pejuwang-umngok)
leka dok rebut kuasa je


Quote Skuau 25-1-2022 11:14 AM
bangcak replied at 25-1-2022 08:23 AM
sib baik ada pemikir.

nak harap geng2 ketuatnan

canna pemerintah DAP nak kawal tu nt???
Quote Bholatchomel 25-1-2022 12:27 PM
Skuau replied at 24-1-2022 06:55 PM
letak 50k warga asing kat 1 tempat....kjaan DAP boleh kawal ke tak??? Atau semudah... kalau jadi apa ...

tulah pasal dia ingat senang ke nak kawal 50k.. ni campur semua ke nepal, bangla ngan indo.. semua ni dah lah jenis degil..
nnt bila ada hal salah kan polis tak dapat pantau salah kan kerajaan lambat bertindak...
Quote tripleid 25-1-2022 01:59 PM
baguslah letak warga asing dalam satu tempat,mcm kat singapore..nanti senang nak kawal

kalau wagga asing sewa rumah PPR korang jugak yg memekak taknak dok ngn warga asing


sikit2 tuduh dap nak halau org melayu sbb nak bagi nampak dap ni jahat..mcmlah gomen dap jual tanah tu kat warga asing tu
Quote card_reader 25-1-2022 03:51 PM
belah jelutong tu berlambak je buat mcm tu, siap satu bangunan jadi asrama pekerja....

nak masok pon seram, takot masok x keluar je....
Quote bangcak 26-1-2022 02:27 PM
Skuau replied at 25-1-2022 11:14 AM
canna pemerintah DAP nak kawal tu nt???

mcm mana nak kawal?
longgokan pendatang dlm 1 asrama tu la cara nak kawal.
bukan biar je dorang bersepah2 dok berjiran dgn kita.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.048147 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top