Dalam perkembangan teknologi yang semakin meningkat pada masa kini, segala urusan boleh dilakukan secara menggunakan smartphone. Ini termasuklah apabila ingin membeli-belah, membayar bil elektrik dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, 'smartphone' juga boleh ‘memakan diri’ jika tidak digunakan dengan betul.
Hal ini terjadi kepada seorang ibu di New Jersey ini yang ‘terduduk dan menggeleng kepala’ apabila satu persatu set perabot sampai di rumahnya walaupun dia tidak pernah membeli barangan tersebut.
Walaupun begitu, dia akhirnya mengetahui bahawa semua perabot itu telah ditempah oleh anaknya bongsunya yang berusia dua tahun ketika bermain smartphone miliknya.
Menerusi laporan dari NBC News, wanita tersebut pada awalnya hanya menambah barangan perabot pada cart di dalam laman web Walmart kononnya untuk rujukan sekiranya ada duit untuk membelinya dan belum mengesahkan pembelian.
Tetapi ketika perabot itu sampai, wanita tersebut menjadi pelik lalu bertanya kepada suami dan dua anaknya sama ada mereka telah membeli set perabout tersebut tetapi mereka mengatakan bahawa tidak melakukannya.
Di dalam hal ini terbuktilah bahawa anak lelakinya yang berusia dua tahun tersebut menjadi satu-satunya ‘suspek’. Nasib baik comel, nak cubit pun rasa kesian.
Ibu tersebut berkata, harga barangan yang dipesan oleh anaknya itu berjumlah hampir $2,000 (RM8,368.20). Kalau hal ini terjadi kepada kita, sememangnya kita akan rebah ke tanah kerana terfikir bagaimana nak membayar semua hutang kredit kad kita.
"Sukar untuk saya percayai bahawa dia telah melakukan perkara ini, tetapi itulah yang berlaku. Saya tidak dapat melakukan apa-apa kerana barangan yang dipesan sudah sampai"
"Dia sangat kecil dan comel, kami terhibur bagaimana dia boleh order semua barangan ini," kata suami kepada wanita itu.
Mereka merancang untuk menyimpan beberapa bungkusan kerana sudah dibeli dan memulangkan yang lain supaya mereka boleh mendapatkan bayaran balik. -CARI