Hasil sentuhan pereka terkenal tanah air, Datuk Seri Bernard Chandran memang tidak dinafikan kehebatannya kerana sering kali menjadi pilihan selebriti ternama dan orang kenamaan termasuk kerabat diraja.
Terkini, beliau mempamerkan sentuhan emasnya menerusi salah satu busana yang diperagakan Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah. Puteri Fadzilah yang melangsungkan istiadat perkahwinan dengan Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, di Bandar Seri Begawan, Brunei mengenakan rekaan Bernard iaitu busana serba putih dengan hiasan renda klasik.
Perkara itu dikongsikan jurusolek artis antarabangsa, Newtron Whangvisarn menerusi perkongsian Instagramnya pada Ahad.
|
Carcosa replied at 24-1-2022 08:44 PM
Kalau meols lah anak raja Brunei, maleh nya lahhh nak bersiap2 10 hari [em:3:]
gold_teeth replied at 25-1-2022 06:31 AM
Free hair rupanya ye.. bertudung ntok official event la kan
tintin22 replied at 26-1-2022 11:20 AM
Awet muda Dato BC ni
Riverdale replied at 25-1-2022 05:20 PM
Princess Fadz mmg free hair.. Biasalah official event pakai tudung.. Sma je mcm princess Ameerah, ...
ADVERTISEMENT