Kanak-kanak itu diculik Tanko Abdulmalik, pemilik sekolah dan juga guru di tempat Hanifa belajar. Dia melakukan jenayah itu ketika Hanifa dalam perjalanan pulang ke rumah.
Berdasarkan pengakuannya, dia menculik Hanifa untuk menuntut wang tebusan kira-kira AS$14,600 (RM61,122.90).
"Saya membawanya pulang ke rumah dan menipu isteri mengatakan dia anak kepada rakan sekerja wanita dan merayu agar saya menjaga anaknya buat beberapa hari kerana dia sedang melancong. Atas alasan itu, isteri saya bersetuju.
"Saya mulai bimbang apabila kanak-kanak itu mengenali saya. Lima hari selepas berita kehilangan Hanifa tersebar, beberapa orang guru datang ke rumah. Saya dapat rasakan mereka dihantar untuk bertanyakan hal itu. Saya kemudian terfikir untuk membunuhnya.
"Dua minggu kemudian, sekitar jam 11 malam, saya kejutkan Hanifa yang sudah tertidur. Saya berikan air teh yang sudah diletakkan racun tikus dan menyuruhnya minum. Saya menanam mayatnya di perkarangan sekolah kerana ia terlindungan daripada orang ramai," katanya.