Kualiti sperma lelaki akan memberi pengaruh kepada proses penghasilan sel telur dan bagi memastikan sperma sihat dan aktif, gaya hidup yang dijalani juga sangat memainkan peranan.
Bahkan pakar sakit tuan juga turut menyarankan agar kaum lelaki menjalani gaya hidup sihat agar kualiti sperma menjadi lebih baik. Pun begitu, mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana caranya untuk mengetahui sama ada sperma sihat atau pun sebaliknya? Berjumpa dengan pakar sakit tuan adalah jalan terbaik untuk mengesahkan perkara itu, namun tidak ramai lelaki yang terbuka untuk berbicara soal peribadi dengan doktor. Tetapi ada beberapa ciri untuk mengetahui dan mengenali kualiti sperma sama ada dalam keadaan baik atau pun tidak dengan mudah, termasuklah; Saiz Pinggang 1. Saiz pinggang Meskipun tidak memiliki six pack tetapi selagi ukuran pinggang anda tidak lebar dan besar, ada kemungkinan sperma yang dimiliki adalah sihat. Mens Health melaporkan penyelidik dari Belanda menemukan bahawa lelaki dengan saiz pinggang 40 inci atau lebih memiliki jumlah sperma lebih rendah. Dalam kajian itu mendapati, berat badan berlebihan terutamanya pada bahagian tengah tubuh dapat mengganggu pelepasan hormon seks serta penghasilan dan perkembangan sperma. Pretty Boy 2. Berwajah feminin Penyelidik di Sepanyol menemukan bahawa lelaki yang memiliki wajah maskulin iaitu lebih lebat dan luas cenderung memiliki kualiti sperma yang tidak sihat berbanding mereka berwajah lebih feminin. Salmon Tuna 3. Suka makan ikan Ikan memiliki kesan perlindungan dan lelaki yang gemar makan ikan terutamanya salmon dan tuna mempunyai kandungan sperma 65 peratus lebih banyak dan aktif. Omega 3 berpengaruh dalam penghasilan sperma! 4. Suara nyaring Kualiti sperma lelaki yang mempunyai suara dalam dan serak adalah lebih rendah berbanding dengan lelaki bersuara nyaring menurut kajian dilakukan Universiti Western Australia. Dalam kajian itu mendapati lelaki dengan jenis suara itu memiliki jumlah sperma lebih rendah ketika ejakulasi. Tahap testosteron mungkin menjadi salah satu penjelasan untuk masalah itu meskipun ia membuatkan wajah lelaki lebih maskulin dan suara lebih 'jantan'. Namun terlalu banyak testosteron akan memberi kesan kepada kualiti sperma. -CARI Sumber: mStar Online
|
lelaki yang memiliki wajah maskulin iaitu lebih lebat dan luas cenderung memiliki kualiti sperma yang tidak sihat berbanding mereka berwajah lebih feminin.
ADVERTISEMENT