Oleh : Izzah Abbasy
Sedar tak sedar, hari ini dah 20 Ramadhan kita berpuasa. Buka sahaja radio, pasti banyak stesen radio yang putarkan lagu raya. Tak sabar pula rasanya nak beraya seperti esok kita akan beraya. Dalam banyak-banyak lagu raya, lagu mana yang menjadi pilihan anda? Sudah semestinya lagu raya lama menjadi pilihan ramai. Betul tak? Bukan nak pinggirkan lagu raya yang baru, tapi lagu raya lama mempunyai "feel" yang tersendiri. Dalam keterujaan mencari lagu raya di Youtube, terjumpa pula satu lagu raya Anuar Zain yang dinyanyikan dalam bahasa Thailand. Popular sampai ke Thailand rupanya lagu Abang Zain kita ini. Boleh tahan juga orang Thailand nyanyi semula lagu ni. Tapi versi perlahan la. Boleh tangkap ke apa yang dinyanyikan itu? Kalau korang perasan, ada beberapa perkataan yang sama digunakan dengan bahasa kita. Geli hati pula dengar sebutan versi Thailand ini. Perkataan Idulfitri samalah dengan Aidilfitri. Tupat dan rendang pula ketupat dan rendang. Wayik dan dodol tu semua boleh faham kan? Wayik tu kuih pulut wajik. Seronok pula layan lagu ini. Sebenarnya karya orang Malaysia ini tinggi nilainya. Makna yang disampai cukup mendalam jika dihayati dengan betul. Semoga anda terhibur. - CARI Infonet.
|
18
Bagus |
13
Marah |
14
Terkejut |
23
Sedih |
16
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT