CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Janna Nick Nak Perlahankan Kerjaya Seni, Utamakan Kesihatan Mental

21-1-2022 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1616| Komen: 12

Menginjak usia 27 tahun, pelakon dan pengacara popular, Janna Nick merancang untuk memperlahankan kerjaya seninya bagi memberi keutamaan terhadap kesihatan mentalnya.


Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata, kerjaya sebagai pelakon membataskan dirinya untuk mengambil ubat anti kemurungan yang disarankan doktor secara konsisten.


Foto: IG

"Saya pernah berkongsi mengenai ubat anti kemurungan ini yang mana membuatkan saya kurang beremosi. Jadi, saya berhenti mengambilnya seketika kerana perlu menjiwai watak lakonan.

"Tugas sebagai pelakon memerlukan saya untuk mendalami watak yang diberikan sepenuh perasaan. Jadi, hal itu tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya sekiranya saya mengambil ubat berkenaan.


"Jadi, saya memilih untuk memperlahankan kerjaya seni dengan bergerak aktif di belakang tabir contohnya di bangku pengarah dan mewujudkan pengurusan artis di bawah jenama saya sendiri," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Janna, kesungguhan mahu menunaikan tanggungjawab di lokasi penggambaran, dia sanggup mengelak untuk mengambil pil anti kemurungan yang dibekalkan doktor.

Terdahulu, pada April tahun lalu, anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu membuat pendedahan mengejutkan mengenai masalah gangguan bipolar yang dihidapinya.

Gangguan mental yang dialami itu juga hampir meragut nyawa apabila Janna pernah dua kali membuat percubaan membunuh diri pada usia 14 dan 15 tahun.




"Saya tahu ada pihak yang menganggap perkara ini sebagai bahan jenaka atau sekadar 'content', namun penyakit mental ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah.

"Hanya mereka yang mengalaminya saja tahu sama ada penyakit ini berbahaya atau tidak. Jadi, saya menyerahkan kepada mereka di luar sana untuk membuat penilaian tersendiri. Tahun ini saya memilih untuk mengutamakan kesihatan mental daripada melayan komen nakal netizen," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 21-1-2022 12:22 PM
Ok syuh2, pergi lah kau menggental poji nawawi mix beruk salji kau tu dek yenna...
Semoga kesihatan mental bertambah baik dan pulih.
Quote 3chanceno 21-1-2022 12:28 PM
Thread dah ada at 11.46am by Raline.

Diharap TT check benang sebelum bukak ya.
@CARI-MRO
Quote prince_marhaen 21-1-2022 02:47 PM
gangguan mental ke tak mental, tetap ada masa nak pose pose membirah dan menjual dengan laki pan-asian tak menjadik sheols...lepas tu stress...lepas tu pose lagik...sambil memintak kecam...asal dia buat je semua kata tak kena, dah kau tu muslim, islam, belum umum bernikah, tapi dah macam laki binik tu apaaaa...
Quote RinIna 21-1-2022 03:26 PM
Mungkin betul dia mental.. sbb bercinta macam org dah kawen dan x de prasaan segan lgsung..
Quote makadek 21-1-2022 03:30 PM
Aku layan gak drama shakira kul 7 tu
Cinta bersegi segi
Wlpn aku kensel sukri yahya
Tp dlm drama ni watak dia comel jer
Quote Mooverine 21-1-2022 03:33 PM
so boring.
kalau betul jaga kesihatan mental, tu.. rest dari media sosial.
social media is toxic.
Quote adeqbun 21-1-2022 04:06 PM
kang xde job,duit x asyuk..mental pulak
Quote AcikBuncit 22-1-2022 12:12 AM
Xabis2 nk jaga mentalnya.. Tgk dok bz membirah ngn boypren je. Cmtu ke cara ubat depression? Kawen jela janna oi..
Quote slyfynx 22-1-2022 12:31 AM
Janna Nick perlahankan kerjaya seni sebab fokus.....

Thread dah ade

And.... iye lah Jannah Muner. Ape2 lah
Quote Kurex 22-1-2022 08:36 AM
27 tapi muka tua persis 40 an
Quote Pak.dolla 22-1-2022 08:39 AM
Cakap tak serupa bikin..
Saya janji tak akn buat lagi...kkalau saya buat lagi..saya janji lagi
Quote OyaTonggek 23-1-2022 12:20 PM
bambossss janah

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.064409 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top