CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Dapat Kawal Nafsu Makan, Berat Naik Sampai 200kg Lebih- Tak Mampu Bergerak, Hanya Mengesot

21-1-2022 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5090| Komen: 110

Alor Setar: Seorang pesakit obesiti dengan berat badan melebihi 200 kilogram (kg) dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) semalam untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami masalah kesihatan selain sukar bergerak.


Mohd Irfan Abdul Wafti, 37, dibantu pasukan Briged Sukarelawan Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM) menggunakan peralatan khas, tilam serta ambulans dari rumahnya di Taman Sofea, Jalan Kuala Kedah ke HSB.

Menurut adiknya, Azli Mizi Abdul Wafti, 30-an berkata, abang sulung dari lima beradik itu sebelum ini dibantu pasukan bomba kira-kira dua tahun lalu untuk dihantar ke HSB selepas tidak dapat bergerak kerana memiliki berat badan lebih 200 kg.

Foto: Harian Metro


Katanya, sepanjang setahun berada di hospital, abangnya diberi nasihat oleh pakar pemakanan dalam penjagaan makanan selain rawatan lain sehingga berjaya menurun berat sehingga 160 kg.

"Namun disebabkan Covid-19 melanda negara tahun lalu, abang dihantar pulang ke rumah dan perlu meneruskan diet sendiri.

"Tapi disebabkan dia hanya duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), abang tidak dapat mengawal pemakanannya menyebabkan berat badannya naik semula mencecah lebih 200 kg.

"Disebabkan itu, dia tidak dapat bergerak dan mengalami sakit seluruh badan malah sebagai adik, saya kasihan melihatnya dan menghubungi pasukan BSYJM untuk membantu," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Azli Mizi berkata, abangnya mempunyai masalah berat badan sejak kecil dan ketika sihat, dia meneruskan perniagaan keluarga mengusahakan katering.

Katanya, namun berat badannya terus meningkat pada 2020 menyebabkan dia dimasukkan ke hospital selepas tidak dapat bergerak dan hanya mampu mengengsot.

"Di rumah ini hanya tinggal saya, emak dan abang (Mohd Irfan) tetapi kami tak mampu menguruskan dia kerana bimbang melihat keadaannya dan lebih baik dia dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Pengarah BSYJM, Mahadzir Abdul Hamid yang turut menyertai operasi itu berkata, operasi membawa pesakit melalui operasi khidmat khas yang dilakukan dengan bantuan tujuh anggotanya.

Beliau berkata, operasi dilakukan selama 10 minit menggunakan tilam dan alat pengangkat khas dan dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelak terjatuh.

"Kami menggunakan sebuah ambulans milik BSYJM dan sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk operasi ini.

"Operasi ini dilakukan secara percuma untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan dan orang ramai yang memerlukan khidmat kami, boleh menghubungi dan bergantung pada jarak," katanya yang berpangkalan di Sik. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 21-1-2022 10:30 AM
Mungkin ada masalah dalam otak yang mana tak boleh kontrol rasa kenyang. Kan ada orang cmtu kan.
Quote dua_chzy 21-1-2022 10:36 AM
Ini sudah morbid obesiti.
Quote rikuren 21-1-2022 10:42 AM
naina: Mungkin ada masalah dalam otak yang mana tak boleh kontrol rasa kenyang. Kan ada orang cmtu kan.



Ya.. terlalu obses pada makanan..kena terapi

Quote TeropongThaico 21-1-2022 11:25 AM
Kesiannya....
Quote buapakperut 21-1-2022 12:17 PM
Jangan salahkan pkp bang.
Quote makita 21-1-2022 01:17 PM
Apa je mamat ni leh buat selain makan? Kalau dah sampai 4 5 org kene angkat sekali katil..takkan tak ada sedetik keinsafan nak kurus. Masih nk ikut napsu mkn tu lagi? Exercise gerak gerak kan ibu jari pon tak nak ke?
Quote kakikuDibibirmu 21-1-2022 01:42 PM
Jangan lah body shaming

19_3000_0.jpg
Quote KucaiHijau 21-1-2022 01:43 PM
Skrg ni ramai flex makan tempat sedap2 atau makan sedap2...dah macam penanda aras kekayaan & kebahagiaan, lepas tu tebal lemak hodoh & byk kolesterol jahat
Quote ChildrenOfBodom 21-1-2022 01:48 PM
Rina harun kena tolong la sponsor mat gemok ni operate
Quote TOPwind 21-1-2022 02:04 PM
naina replied at 21-1-2022 10:30 AM
Mungkin ada masalah dalam otak yang mana tak boleh kontrol rasa kenyang. Kan ada orang cmtu kan.

puncanya dlam rumah banyak makanan




Quote syamzana 21-1-2022 02:16 PM
bisnes fmly pun makan2jenuh nak tahan nafsu.
sia2 je dok spital setahun turun 40kg, blk rumah dan2 dia bela badan naik asal.
Quote kakikuDibibirmu 21-1-2022 02:31 PM
makadek replied at 21-1-2022 02:30 PM
Aku dah muakkk tgk makanan balik2 rotate yg sama je ....latest viral kek titisan hujan kek jadah a ...

Muak nak makan tandanya dah nak mati lettewww!
Quote ninja9 21-1-2022 03:03 PM
bila makan banyak dah jadik kebiasaan susahlah nak diet...sebab rasa susah itu menyebabkan pemikiran2 dia akan cuba justify sebab apa tak boleh kurangkan makan.. ini kira malapetaka kemanusiaan jugak ni
Quote acikhan 21-1-2022 03:20 PM
biler ko da berpuasa isnin khamis pastu slow2 puasa direct dlm seminggu x pun selang deli puasa kdg2 tgk makanan pun x selera sgt walaupun mcm2 makan viral yg ado skang...n yes puasa byk haku belajor tang hawa nafsu makan...
Quote namr 21-1-2022 05:02 PM
Orang lain makan untuk hidup, dia nih hidup untuk makan..
Quote Belibis 21-1-2022 05:09 PM
buapakperut replied at 21-1-2022 12:17 PM
Jangan salahkan pkp bang.

Ya tak ya jugak..orang lain bahana pkp..melidi sebab tak cukup makan.
Quote noor2 21-1-2022 05:26 PM
Badan akak pun naik 10 kg....x pe..yg penting senang hati
Quote laksmanabentan 21-1-2022 08:07 PM
PKP da tak tahu nak buat kerja apa duduk makan jer laaa....
huntung ada adik beradik yang sediakan makanan segala...
tak yah jauh2 jalan... tinggal pesan aja tuh...
Quote stingerkitkat 22-1-2022 08:38 AM
kakikuDibibirmu replied at 21-1-2022 02:31 PM
Muak nak makan tandanya dah nak mati lettewww!

org yg malas,kufur nikmat TUHAN sehingga punyai that luxury utk berbangga utk sebut muak dgn rezeki....ubatnya memang MATi

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.065930 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top